NARATIF KOMUNITI CINA TERHADAP PERKAHWINAN CAMPUR: ADAPTASI BAHASA DAN BUDAYA DI TERENGGANU

Azarudin Awang

Abstract


Kajian ini meneliti fenomena perkahwinan campur antara komuniti Cina dan Melayu di Terengganu, dengan memberi tumpuan kepada proses adaptasi budaya dan agama dalam kalangan pasangan Cina yang memeluk agama Islam. Proses ini melibatkan pelbagai cabaran yang diharungi oleh mualaf seperti perbezaan adat resam, amalan agama, bahasa, dan gaya hidup. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian kes iaitu melibatkan enam peserta dari komuniti Cina yang telah berkahwin dengan komuniti Melayu di Terengganu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa melalui analisis naratif, kejayaan integrasi budaya informan dapat dilihat melalui penggunaan loghat Terengganu, penerimaan adat Melayu-Islam, dan sokongan sosial, walaupun pasangan Cina Muslim ini berdepan dengan cabaran stereotaip serta dilema budaya. Biarpun begitu, kerjasama antara NGO yang berkaitan seperti PERKIM dan MACMA juga penting dalam mempromosikan keharmonian beragama dan sosial dalam kalangan pasangan yang berkahwin campur ini.

Keywords


naratif; komuniti cina; perkahwinan campur; bahasa; budaya

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2025 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.