KEUPAYAAN INSTRUMEN AL-MUZARRA’AH MEMBANGUNKAN TANAH WAKAF KATEGORI PERTANIAN DI LOKASI TIDAK STRATEGIK

Shahrina Romli, Mat Noor Mat Zain, Mohd Zamro Muda, Noor Lizza Mohamed Said, Rahisam Ramli, Fathin Shahirah Abd Rahim, Mohd Sabree Nasri, Nur Yuhanis Ismon

Abstract


Pembangunan yang dilaksanakan terhadap tanah wakaf kategori tanah pertanian yang berada di lokasi kedudukan yang tidak strategik merupakan cabaran besar bagi membangunkan tanah wakaf di kawasan itu memandangkan ianya jika dilihat dari sudut luarannya tidak menampakkan pembangunan yang boleh dilakukan secara komersial dan meluas. Pada tahun 2023, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah melaporkan bahawa terdapat 3,018 lot bersamaan 2,415 hektar tanah wakaf yang belum dapat dimanfaatkan yang mana salah satu faktornya ialah kedudukan lokasi tanah yang tidak strategik. Keadaan ini, jika dibiarkan tanpa dibangunkan akan menyebabkan tanah wakaf tidak dapat memberikan apa-apa faedah sedangkan salah satu prinsip-prinsip asas wakaf ialah memberikan manfaat untuk orang lain. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk membincangkan tentang keupayaan instrumen al-Muzara’ah membangunkan tanah wakaf kategori tanah pertanian yang berada di kedudukan lokasi yang tidak strategik. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif. Pengumpulan data menggunakan dua kaedah iaitu data primer dan data skunder yang diperolehi menerusi temubual, menganalisis dokumen dengan mengkaji pelbagai rujukan daripada artikel, jurnal, tesis, buku, majalah, kertas seminar, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri, Enakmen wakaf negeri, dan laman-laman web rasmi Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Hasil kajian mendapati bahawa instrumen al-Muzarra’ah mampu membangunkan tanah wakaf kategori tanah pertanian yang berada di kedudukan lokasi yang tidak strategik. Jika instrumen ini dilaksanakan, pembangunan wakaf dapat dilestarikan supaya manfaat wakaf itu dapat dioptimumkan oleh masyarakat sejagat dan dapat membantu ekonomi negara masa kini.

Keywords


keupayaan; pembangunan; al-Muzarra’ah; tanah wakaf pertanian; lokasi tidak strategik

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2025 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.