DORONGAN BERKOMUNIKASI BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ UNIVERSITI ISLAM PERLIS

Nur Afifah Fadzil, Maryam Md Rofiee, Nur Iylia Mohd Noor Be, Suhaila Zailani @ Ahmad

Abstract


Kesediaan berkomunikasi bahasa Arab lahir daripada penguasaan bahasa Arab yang bagus dan mantap sama ada dari aspek kosa kata mahupun penyusunan ayat mengikut tatabahasanya. Namun, dalam mempersiapkan seseorang agar bersedia untuk berkomunikasi bahasa Arab, dorongan dan motivasi amatlah penting. Dorongan dalaman dan luaran kedua-duanya memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan keupayaan menguasai bahasa Arab. Hal ini termasuklah dorongan dari sudut elemen keagamaan kerana bahasa Arab merupakan bahasa al-Quran dan Hadis yang merupakan sumber utama rujukan Islam. Kertas cadangan ini mengemukakan dapat berkaitan tahap dorongan pelajar Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dalam berkomunikasi bahasa Arab. Kajian ini dijalankan terhadap 150 orang pelajar Kolej Universiti Islam Perlis. (KUIPs). Jumlah sampel adalah ditentukan menggunakan formula Tabachnick dan Fidell (2007). Instrumen soal selidik digunakan bagi mendapatkan data. Data mentah dianalisis menggunakan perisian SPSS. Hasil menunjukkan bahawa menunjukkan 85.3 peratus atau 128 orang responden merasakan dorongan untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab yang tinggi. Terdapat perbezaan yang signifikan bagi dorongan pelajar dalam mempelajari bahasa Arab antara pelajar yang pernah mempelajari dan tidak pernah mempelajari bahasa Arab sebelum mereka memasuki Kolej Universiti Islam Perlis dengan nilai Sig. (2-tailed) iaitu 0.000 yang lebih kecil daripada 0.05. Nilai min menunjukkan bahawa pelajar yang pernah mempelajari bahasa Arab sebelum memasuki Kolej Universiti Islam Perlis mempunyai tahap dorongan yang lebih tinggi iaitu 4.3050 berbanding dengan pelajar yang belum pernah mempelajari bahasa Arab dengan nilai min 3.7479. Justeru itu, dorongan pelajar untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab haruslah diberi penekanan dan ditingkatkan sama ada ia berbentuk dorongan secara dalaman atau luaran.

Keywords


Dorongan; Komunikasi; Bahasa Arab

Full Text:

PDF

References


Ab Halim Mohamad. (2009). Tahap komunikasi dalam Bahasa Arab dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab di IPTA Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education 1(1) 2009 1-14.

Abdul Rahman Bin Abdullah. (2009). Kompetensi Komunikatif Dan Strategi Komunikasi Bahasa Arab Di Kalangan Pelajar Sek. Men. Keb. Agama Di Negeri Selangor. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Adnan Derahman. 2011. Motivasi pembelajaran bahasa Arab di kalangan pelajar Diploma Pelancongan Jabatan Hospitaliti di Politeknik Merlimau Negeri Melaka. Disertasi Sarjana, Fakulti Pengajian Islam, Uaniversiti Kebangsaan Malaysia.

Ahmad Fared Mohd Din & Mohammad Seman. (2019). Meningkatkan Kemahiran Bertutur Bahasa Arab Melalui Strategi Penguasaan Sebutan (SPS) Segmental dan Suprasegmental. INSANIAH: Online Journal of Language, Communication and Humanities Volume 2(1).

Al-Tamimi, Atef & Shuib, Munir. 2009. Motivation and attitudes towards learning English: a study of petroleum engineering undergraduates at hadramout university of sciences and technology. Gema Online Journal Of Language Studies, 9(2): 29-49.

Ashinida Aladdin. (2012). Analisis Penggunaan Strategi Komunikasi Dalam Komunikasi Lisan Bahasa Arab. GEMA Online Journal of Language Studies Vol 12(2).

Azani Ismail @ Yaakub, Azman Che Mat & Mat Taib Pa. (2012). Membina Kemahiran Pertuturan Menerusi Aktiviti Lakonan Dalam Pengajaran Bahasa. GEMA Online® Journal of Language Studies. 12(1), 325-337

Bailey, K.M. (2005). Speaking. New York: McGraw-Hill.

Bailey, K.D. 1984. Kaedah Penyelidikan Sosial. Terj. Hashim Awang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chua Yan Piaw. 2006. Asas Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill.

Dahab, Mohamed Ibrahim. 1997. Evaluation of the Arabic language integrated curriculum for secondary schools (KBSM). Tesis Dr. Fal, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fadzil, N. A., Jaafar, N. A., Saad, R., & Musa, A. S. (2019). Motivasi Pelajar Sekolah Menengah Arab Jabatan Agama Islam Melaka (Sma Jaim) Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab. Jurnal Kesidang, 4(1), 90-99.

Fadzil, N. A., Jaafar, N., & Rofiee, M. M. (2022). Hubungan Motivasi Pelajar Terhadap Penguasaan Bahasa Arab. Jurnal Kesidang, 7(1), 194-210.

Gardner, R.C. 1985. Social Psychological Aspects of Language Learning: The Role of Attitudes and Motivation. London: Edward Arnold.

Gardner, R.C dan Tremblay, P.F. 1994. On motivation, research agendas, and theoretical perspectives. Modern Language Journal, (79): 359-368

Gardner R.C. & Lambert W.E. 1972. Attitudes and Motivation In Second-Language Learning. Rowley, MA: Newbury House.

Gardner R.C. 1983. Learning another language: a true social psychological experiment. Journal of Language and Social Psychology, (2): 219-239.

Gardner R.C & Lalonde R.N, Moorcroft, R. 1985. The role of attitudes and motivation in second language learning: correlational and experimental considerations. Language learning, 35: (207-227).

Gardner, H. 1983. Frames Of Mind: The Theory Of Multiple Intelligences. New York: Basic Books.

Ghazali Yusri, Nik Mohd Rahimi & Parilah M.Shah. 2010. Sikap pelajar terhadap pembelajaran kemahiran lisan bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM). GEMA Online™ Journal of Language Studies, 10(3): 15-33.

Hanis Najwa, Ku Fatahiyah Ku Azizan, Wazzainab, Farah-Nu Rashida Rosnan & Norafidah Gordani. 2017. Tahap motivasi instrinsik dan ekstrinsik terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan pelajar tahfiz di Selangor. Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2017.

Hassan S. Alqurashi & Haitham A. Althubaiti. (2021). The Role of Language Proficiency in Willingness to Communicate: A Case Study of Saudi EFL Learners. Arab World English Journal (AWEJ) Volume 12. Number2 June 2021

Hishamuddin Md.Som. 2005. Panduan Mudah Analisis Data Menggunakan SPSS WINDOWS. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Jamaliah Rani. 2007. Sikap dan motivasi pembelajaran bahasa Arab dan hubungannya dengan pencapaian: satu kajian. Tesis Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Ma'sum Mohammad. (2012). Strategi komunikasi dalam kalangan pelajar bahasa Arab di Jakarta. Masters thesis, University of Malaya

Norafidah Gordani. 2017. Tahap motivasi instrinsik dan ekstrinsik terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan pelajar tahfiz di Selangor. Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2017.

MacIntyre, P., Dornyei, Z., Clement, R., & Noels, K. (1998). Conceptionalizing willingness to communicate in a L2: a situational model of L2 confidence and affiliation. Modern Language Journal, 82(3), 545-562.

Mohamad Rofian Ismail, Ahmad Redzaudin Ghazali, Khairatul Akmar Abdul Latif, Fahed Maromar & Saupi Man. (2020). Hubungan Antara Faktor Dalaman Dan Faktor Luaran Dalam Mempengaruhi Kemahiran Menulis Bahasa Arab Pelajar Di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. e-Jurnal Bahasa dan Linguistik Mei 2020 Vol, 2 No. 1.

Mohd Salihin Hafizi Mohd Fauzi, Mohd Izzuddin Mohd Pisol, Fahed Maromar, Mohamad Rofian Bin Ismail & Ahmad Rezdaudin Bin Ghazali. (2020). Permasalahan Pembelajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab Dalam Kalangan Pelajar Bukan Penutur Jati: Satu Kajian Di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN 2020). Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Nur Afifah Fadzil. 2016. Kesahan Modul Bahasa Arab Menerusi al-Quran. Disertasi Sarjana, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsan Malaysia.

Rosni Samah. 2012. Isu Pembelajaran Bahasa Arab. Kertas Kerja Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012. Anjuran Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan, 19 Mei.

Tabachnick, G. B., & Fidell, S. L. (2007). Using Multivariate Statistics (5th ed.). New York: Pearson Educational Inc. (5th ed.). New York: Pearson Educational Inc.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2023 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.