PENDEKATAN RASULULLAH SAW DALAM BERINTERAKSI DENGAN MASYARAKAT TERISOLASI: APLIKASI TERHADAP MASYARAKAT ORANG ASLI

Paiz Hassan, Mohd Anuar Ramli, Muhammad Yusri Yusof@Salleh, Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin, Abd Munir Mohamed Noh, Muhd Imran Abd Razak, Abd Nasir Musa

Abstract


Rasulullah SAW merupakan contoh teladan bagi umat Islam dalam segala aspek kehidupan, termasuk pendekatan Baginda dalam berinteraksi dengan masyarakat terisolasi seperti Arab Badwi dan mualaf. Mualaf, yang merupakan golongan yang baru memeluk agama Islam terisolasi dalam konteks budaya sementara Arab Badwi pula tinggal di kawasan pedalaman dan menjalani kehidupan yang terasing daripada masyarakat bandar. Justeru itu pendekatan yang diketengahkan kepada mereka pasti berbeza berbanding dengan masyarakat yang menetap di bandar atau mereka yang telah lama memeluk Islam. Masyarakat orang asli pula dilihat mempunyai persamaan dengan golongan tersebut dalam konteks sosiobudaya. Oleh itu, kajian ini akan melihat panduan dan pendekatan Rasulullah SAW dalam berinteraksi dengan golongan terisolasi supaya ianya boleh dijadikan panduan kepada golongan pendakwah dan tenaga pengajar apabila berhadapan dengan masyarakat Islam orang asli. Kajian ini menggunakan pendekatan kepustakaan sepenuhnya dengan melakukan tinjauan terhadap analisis dokumentasi yang terdiri daripada kitab turath, artikel jurnal, kertas kerja seminar dan lain-lain. Dapatan kajian mendapati kedudukan masyarakat orang asli hampir menyamai masyarakat arab badwi ketika permulaan Islam dan juga termasuk dalam golongan mualaf. Rasulullah SAW mendekati mereka dengan cara yang baik dan lembut kerana Baginda SAW memahami perihal Arab Badwi dan mereka yang baru memeluk Islam. Mengeluarkan masyarakat dari kekufuran kepada cahaya keislaman merupakan agenda paling penting ketika itu disusuli dengan taklifan syarak secara tadarruj dan taysir. Lantaran itu masyarakat Islam orang asli juga perlu didekati dengan pendekatan sebegitu supaya Islam dilihat sebagai sebuah agama yang mudah untuk diamalkan.

Keywords


Mualaf ; Arab Badwi; Orang Asli, Taysir, Tadarruj

Full Text:

PDF

References


‘Abdul Muhsin al-‘Abbad. (n.d.). Syarh Sunan Abi Dawud. tp.

‘Abdullah bin Ibrahim. (n.d.) Al-tadarruj fi da’wah al-muslim al-jadid. https://www.alukah.net/sharia/0/27759/

Abdul Ghafar Don. (20 November 2014). Masyarakat Orang Asli Muslim Malaysia: Senario Dan Realiti Kefahaman Dan Penghayatan Islam [Paper presentation]. Seminar Antarabangsa Dakwah & Etnik 2014: Dakwah & Ethnicity: Multidisciplinary Perspective, Pusat Kajian Dakwah Orang Asli dan Pribumi, UKM, Bangi, Selangor.

Ab? ‘Abd All?h Mu?ammad bin Ism?‘?l al-Bukh?r? (1993). ?a?i? al-Bukhari. Dar Ibn Kathir.

Ab? ‘Abd All?h Mu?ammad bin Ism?‘?l al-Bukh?r?. (1422H). ?a?i? al-Bukhari. Dar Tuq al-Najah.

Ab? al-?usayn Muslim bin al-?ajj?j bin Muslim. (1334H). ?a??? Muslim. Dar al-Taba’ah al-‘Amirah.

Abu Dawud Sulayman bin al-Asy‘ath al-Azdi al-Sijistani. (2009). Sunan Abi Dawud. Dar al-Risalah al-‘Alamiyyah.

Abu Zakaria Mahy al-Din Yahya bin Syarf al-Nawawi. (1994). Sahih Muslim bi Syarh al-Nawawi. Muassasah Qurtubah.

Abu Zakaria Mahy al-Din Yahya bin Syarf al-Nawawi (n.d.). Al-Majmu’ yharh al-muhadhdhab li al-Syirazi. Maktabah al-Irsyad.

Ahmad bin ‘Ali bin Hajar al-‘Asqalani. (1959). Fath al-bari bi syarh al-Bukhari. Maktabah wa Matba’ah al-Babi al-Halabi.

Ahmad bin al-Husain bin Ali al-Bayhaqi. (1989). Al-Sunan al-saghir. Jami’ah al-Dirasat al-Islamiyyah.

Ahmad bin Hanbal. (2001). Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal. Muassasah al-Risalah.

Al-Imam al-Hafiz Abi al-Fadl Jalal al-Din ‘Abd al-Rahman al-Suyuti. (1998). Al-Tawdih syarh al-jami’ al-sahih. Maktabah al-Rusyd.

Azizul Azra Abdul Razak & Mohd. Hisyam Abdul Rahim. (2017) Dakwah bil hal dalam konteks masyarakat semasa di Malaysia. Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2017 (INSAN2017), 1-11.

Ibrahim bin Musa bin Muhammad al-Lakhmi al-Gharnati al-Syatibi. (n.d.) Al-muwafaqat fi usul al-syari’at. Dar al-Ma’arifat.

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). (n.d.). Pembangunan sosioekonomi menjana kehidupan orang asli. ttp://www.jakoa.gov.my/wp-content/uploads/2014/12/Pembangunan-Sosioekonomi.pdf

Jawad ‘Ali. (1968). Al-mufassal fi tarikh al-‘arab qabl al-Islam. Maktabah al-Nahdah.

Jum’ah Amin Abdul ‘Aziz. (1999). Al-da’wah qawa’id wa usul. Dar al-Da’wah.

Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, Khazri Osman, Ahmad Irdha Mokhtar, Anuar Puteh & Abdul Ghafar Don. (2017). Penerapan fiqh awlawiyyat dalam dakwah kepada saudara baru. Al-Hikmah, 9(2), 131-140.

Mohd Faizal Kasmani, Nurul Asiah Fasehah, Muhamad Rozita Abdullah, Nornajihan Jaafar & Nor Zulaili Mohd Ghazali. (2019). Tindak tutur perbualan bersama golongan Badwi dan Ansar: Analisa strategi komunikasi Rasulullah. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(3), 334-352.

Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, Johaibi Johan, Abu Dardaa Mohamad & Anuar Puteh. (2014). Dakwah saudara baru orang asli dari perspektif maqasid al-syariah. Proceedings Seminar Antarabangsa Dakwah & Etnik 2014; Dakwah & Etnik: Perspektif Multi-Disiplin, 1-15.

Muhammad Yusuf Marlon Abdullah ,Zulkefli Aini, Mohd Hakim Arshad, Ahmad A’toa’ Mokhtar & Ahmad Fauzi Shahar (2017). Kecekapan Pengurusan Surau Orang Asli Di Selangor Dari Aspek Kewangan. e-Proceeding of the 4th International Conference on Masjid, Zakat and Waqf Management 2017 (IMAF-2017), 328-334.

Muhammad bin Ali bin Muhammad al-Syawkani. (2007). Fath al-qadir. Dar al-Ma’rifah.

Muhammad bin Idris al-Syafi’i. (1993). al-Umm. Dar al-Kutb al-‘Ilmiyyah.

Muhammad Habibullah bin ‘Abdullah bin Ahmad al-Syanqiti. (n.d.). Zad al-muslim fi ma ittafaqa alayh al-Bukhari wa Muslim. Matba’ah Dar Ihya al-Kutub al-‘Arabiyyah.

Muhammad Salih al-Munjid. (2009). Al-mufid fi al-ta’amil ma’a al-muslim al-jadid. Majmu’ah Zad.

Nur Damia Husna Nor Sad & Zulkefli Aini. (2017). Bahasa da’i dalam komunikasi dakwah kepada masyarakat orang asli. Al-Hikmah, 9(1), 110-127.

Philip K. Hitti. (2002). History of The Arabs. Palgrave Macmillan.

‘Umar bin ‘Ali bin Ahmad al-Ansari Ibn al-Mulaqqin Siraj al-Din Abu Hafs. (2008). al-Tawdih li syarh al-jami’ al-sahih. Dar al-Nawadir.

Taqi al-Din Abu al-‘Abbas Ahmad bin ‘Abd al-Halim bin Taymiyyah al-Harrani. (2004). Majmu’ fatawa. Wizarah al-Syu’un al-Islamiyyah wa al-Dakwah wa al-Irsyad.

Wan Afizi Wan Hanafi, Shaharuddin Ahmad & Noraziah Ali. (2017). Faktor budaya dan persekitaran dalam prestasi pendidikan anak orang asli Malaysia: Kajian kes di Kelantan. Malaysian Journal of Society and Space, 10(5), 107-122.

Yin, R. K. (2003). Case study research: Design and methods. Sage. Thousand Oaks.

Yusuf al-Qardawi. (1973). Fiqh al-Zakah. Muassasah al-Risalah.

Zohdi Amin et al. (2017). Kaedah taysir halal haram dalam konteks dakwah kepada orang asli: Satu sorotan literatur. Prosiding Seminar Antarabangsa Penyelidikan Sirah Nabawi & Pemikiran (ISRA’) 2017, 1-10.

Zulkefli Aini & Abdul Ghafar Don. (2020). Amalan kemahiran komunikasi pendakwah dengan masyarakat orang asli di Malaysia. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 3(4), 83-100.

Zulkefli Aini, Abdul Ghafar Don, Anuar Puteh & Nur Damia Husna Nor Sad (2019). Amalan komunikasi dakwah semasa kelas bimbingan fardu ain orang asli muslim di Selangor. International Journal of Law, Government and Communication, 4(17), 34-47.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2023 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.