MODEL AMALAN PENYELIDIK UNGGUL BERDASARKAN PENGALAMAN PENSYARAH CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM DI POLITEKNIK MALAYSIA

Ahmad Firdaus Mohd Noor, Khairunnisa A Shukor

Abstract


Penyelidikan merupakan aspek penting dalam pembangunan pensyarah Politeknik. Sungguh pun dilihat sebagai unit sokongan, iaitu Unit Pengajian Islam, pensyarah Pendidikan Islam di Politeknik mempunyai sumbangan penting dalam pembangunan Politeknik sebagai salah satu institusi pengajian tinggi yang penting di Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pengamalan penyelidikan Pensyarah Pendidikan Islam (PCPI) di Politeknik seterusnya membina model yang dapat menjadi panduan kepada pengamalan penyelidikan yang berterusan di Politeknik Malaysia. Kajian ini merupakan kajian pelbagai kes secara kualitatif yang melibatkan enam orang peserta kajian yang dipilih melalui kaedah persampelan bukan kebarangkalian, iaitu persampelan bertujuan dengan menggunakan ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh pengkaji. Enam orang peserta kajian ini merupakan individu yang menepati ciri-ciri Pensyarah Cemerlang Pendidikan Islam, yang kemudiannya ditemubual dan hasil temubual yang telah ditranskripsi menjalani analisis tema dengan menggunakan Nvivo versi 10. Tema-tema yang dihasilkan adalah berpandukan kepada lima soalan kajian, iaitu yang berkenaan dengan amalan penyelidikan, faktor penyelidikan, penghasilan inovasi, amalan pembentangan, dan amalan penerbitan bahan ilmiah. Tema-tema yang dihasilkan akhirnya membentuk Model Amalan Penyelidik Unggul Berdasarkan Pengalaman Pensyarah Cemrlang Pendidikan Islam di Politeknik. Hasil kajian ini bukan sahaja dapat dijadikan panduan kepada pensyarah-pensyarah politeknik, malah kepada institusi pengajian tinggi yang lain, termasuk pelajar-pelajar.

Keywords


Pensyarah Politeknik; Pendidikan Islam; Penyelidikan; Pengalaman pensyarah; Politeknik Malaysia

Full Text:

PDF

References


Abdull Sukor Shaari (2010). Guru Berkesan Petua dan Panduan. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Ahmad Munawar Ismail & Zakaria Stapa (2011). Strategi Pembelajaran Penuntut Aliran Pengajian Islam dan Hubungannya dalam Memenuhi Tuntutan Pasaran. Journal of Islamic and Arabic Education, 3(2), 21-30.

Al-Mansor Abu Said, Roziah Mohd Rasdi, Bahaman Abu Samah & Abu Daud Silong (2015). Pembangunan Kerangka Kerja Bagi Kejayaan Kerjaya Ahli Akademik Universiti Penyelidikan Di Malaysia. Kajian Malaysia, 33(1), 121–159.

Ananda Kumar Palaniappan (2009). Penyelidikan dan SPSS (PASW). Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Ary, D., Jacobs, L.C., Sorensen, C.K. & Walker, D.A. (2014). Introduction to Research in Education. Ed. 9. USA: Wadsworth Cengage Learning

Babbie, E. (2014). The Basics of Social Research. Ed.6. USA: Wadsworth Cengage Learning

Chua Yan Piaw (2006). Buku 1 Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill.

Dayang Tiawa Awg Hamid & Abdul Hafiz Omar. (2009). Analisis Data Kualitatif. Skudai: Nasmax Sdn Bhd & Fakulti Pendidikan UTM.

Gay, L.R., Mills, G. E. & Air Asian, P. (2009). Educational Research: Competencies for Analysis and Application Ed. 9. New Jersey: Pearson Education International.

George, A.L. & Bennet, A. (2004). Case Study and Theory Development in the Social Sciences. Massachusets, USA: Harvard University

Guest, Greg; Bunce, Arwen & Johnson, Laura (2006). How many interviews are enough? An experiment with data saturation and variability. Field Methods, 18(1), 59-82.

Ismail Abas (2007). Peranan Guru Membina Murid Menghadapi Wawasan 2020. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Islam, Selangor, Jld. 10

Jabatan Pelajaran Selangor (2009). Guru Jutawan Akhirat. Shah Alam: Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Selangor.

Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi (2012b). Garis Panduan Pemantauan Pembelajaran dan Pengajaran Politeknik Edisi 2012. Putrajaya: Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Kane, R., Sandretto, S. & Heath, C. (2004). An Investigation Into Excellent Tertiary Teaching: Emphasising Reflective Practice. Higher Education 47, 283-310

Kamarul Azmi Jasmi (2010). Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia: Satu Kajian Kes. Tesis Doktor Falsafah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri (2012). Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Sahandri Gani Hamzah, Roselan Baki, Saifuddin Kumar Abdullah (2012). Amalan Penilaian Guru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.Morehouse

Newby, P. (2014). Research Methods for Education. USA: Routledge

Noormala Ali, Mohamed Sharif Mustaffa, & Roslee Ahmad (2005). Pendekatan Temubual Sebagai Metod Kajian Kes di Kalangan Pelajar Terhadap Bimbingan dan Kaunseling. Seminar Kualitatif. 21-23 Ogos 2005. Sofitel Resort Senai, 1-12.

Noriah Mohd. Ishak, Siti Fatimah Mohd.Yassin, Mohd Izham Mohd Hamzah & Siti Rahayah Ariffin (2010). Kajian Kes. Dalam Noraini Idris. Penyelidikan dalam Pendidikan.Kuala Lumpur: McGraw Hill.

Patton, M.Q. (2014). Qualitative Research & Evaluation Methods: Integrating Theory and Practice. California: SAGE Publications.

Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Pengajian Politeknik (2010). Panduan Penyelidikan dan Inovasi. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Rafizah Mohamed Salleh (2011). Model Guru Contoh Pendidikan Islam. Tesis Sarjana. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Nordin Abd Razak (2010). Hubungan Guru-Pelajar dan Kaitannya dengan Komitmen Belajar Pelajar: Adakah Guru Berkualiti Menghasilkan Perbezaan Pembelajaran antara Jantina Pelajar?. Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2), 61-69.

Rozita Radhiah Said & Abdul Rasid Jamian.(2012). Amalan Pengajaran Karangan Guru Cemerlang di dalam Bilik Darjah: Kajian Satu Kes Pelbagai Lokasi. Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 27, 51-68.

Sabitha Marican (2009). Penyelidikan Sains Sosial Pendekatan Pragmatik. Kuala Lumpur: Edusystem Sdn. Bhd.

Scott D. & Usher R. (2011). Researching Education: Data, Methods and Theory in Educational Enquiry. Ed. 2. London: Continuum International Publishing Group.

Stake, R.E. (2013). Multiple Case Study Analysis. New York: The Guilford Press

Tang Keow Ngang & Tengku Ahmad Badrul Raja Hussin (2015). Hubungan Kepemimpinan Etika, Komitmen Afektif,Penglibatan Kerja Dan Sokongan Organisasi. Kajian Malaysia, Vol. 33, No. 1, 93–119.

Willis, D.B. & Rappleye, J. (2011). Reimagining Japanese Education: borders, transfers, circulations, and the comparative. UK: Symposium Books Ltd

Wood, L.N. & Harding, A. (2007). Can you Show you are a Good Lecturer?. International Journal of Mathematical Education in Science and Technology, 38(7), 939-947.

Yu, Xing. (2015). Language & State: A Theory of The Progress of Civilization. Maryland: University Press of America Inc.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2023 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.