KAJIAN ZIKIR HARIAN MELALUI KARYA SENI DENGAN PENGGABUNGAN LIRIK, LAGU DAN MUZIK SECARA DIDIK HIBUR

Jezan Md Diah, Martini Mohamad

Abstract


Zikir Harian merupakan amalan berulang-ulang mengingati dan menyebut nama Allah atau ayat-ayat suci Al-Quran dalam kehidupan seharian. Zikir harian yang menjadi amalan harian Imam Al-Ghazali dalam seminggu tanpa henti (Jumaat hingga Khamis) merupakan amalan zikir harian yang paling mudah dibuat setiap hari untuk mendapat pahala daripada Allah SWT. Namun begitu, sejauh mana penghayatan dan amalan zikir harian ini dipraktiskan oleh masyarakat muslim dalam kehidupan harian masa kini?. Justeru kajian zikir harian melalui karya seni dengan penggabungan lirik, lagu dan muzik secara harmoni dijalankan untuk melihat sejauh mana penerimaan dalam kalangan masyarakat terhadap pendekatan ini. Pendekatan didik hibur kreatif dan inovatif berdasarkan elemen kontemporari dapat membantu menyampaikan zikir harian ini dengan mudah dan diterima oleh semua lapisan masyarakat. Dapatan soal selidik keberkesanan yang dijalankan secara kuantitatif mendapati jangkauan zikir harian yang disampaikan melalui lagu bertajuk Zikir Harian lebih mudah difahami, diingati dan diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat. Oleh itu diharapkan kaedah yang digunakan dengan menggunakan pendekatan Didik Hibur melalui ciptaan karya seni lagu dapat memberi manfaat dan kesan positif kepada semua lapisan masyarakat dengan pengamalan zikir harian ini dalam kehidupan seharian.

Keywords


Zikir Harian Imam Al-Ghazali; Karya seni; Didik Hibur

Full Text:

PDF

References


Fairuzah Basri & Mujaini Tarimin. (2022). Sumbangan Naskhah Umdat Al-Muhtajin Abad 17 Masihi dalam Pembinaan Akhlak. International Journal of the Malay World & Civilisation 10(1), 3- 9.

Lussyefrida Yanti, Fatsiwi Nunik Andari, Dedy Novriadi, Ferasinta. (2022). Penurunan Insomnia pada Lansia dengan Terapi Dzikir, Jurnal Pengabdian Kepada Masyarakat Bumi Raflesia, 5(3), 1031-1036.

Mohd Rosmadi Mohd Salleh dan Hafizhah Zulkifli. (2020). Penggunaan Pendidikan Hiburan dalam Pendidikan Islam di Sekolah. Malaysian Online Journal of Education, 4(2), 1-16.

Norlela Ahmad, Shamsudin Othman, Azhar Md Sabil, Marzni Mohamed Mokhtar, Mohd Azuan Mohd Nawawi dan Zullaili Hason. (2021). Pengaruh didik hibur dalam meningkatkan kesediaan belajar kemahiran membaca Bahasa melayu murid belum menguasai tahap pencapaian minimum. Asian Journal of Civilizational Studies (AJOCS), 3(1), 45-57.

Nurhasyimah Mohd Salleh. (2022). Intervensi Amalan Zikir dan Analisis Kesejahteraan Subjektif Murid Berkeperluan Pendidikan Khas, Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas dan Inklusif (Negeri Melaka) Jilid 1 (2022) / ISBN 978-967-15154-4-0 (248-259), SEAMEO SEN dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

Nurul Wafiqah Abd Latif, Masuriyati Yahya dan Dayang Tiawa @ Noriah Awang Hamid. (2023). Pelaksanaan Dakwah Islam dalam Membangunkan Program Pemulihan Kerohanian dan Akhlak Secara Efisien dan Berkualiti: Pendekatan di Sebalik Tirai Besi, BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 6(2), 28-39.

Pauline Unjong dan Zuraini Seruji. (2022). Pelaksanaan Didik Hibur Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Membaca Bahasa Melayu Murid Linus Tahun 3. Asian People Journal, 5(1), 22-30.

Rahmat Ilyas. (2017). Zikir dan Ketenangan Jiwa: Telaah atas Pemikiran Al-Ghazali. Jurnal Dakwah dan Pengembangan Sosial Kemanusiaan, 8(1), 90-106.

Saifulazry Mokhtar, Azmin Pullong, Mohd Nur Hidayat Hasbollah dan Sharifah Darmia Sharif Adam. (2022). Kepentingan Ilmu Dakwah terhadap Pendakwah Kontemporari menurut Perspektif Muhammad Al-Ghazali: Satu Analisis, Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 7(47), 324-337.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2023 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.