CABARAN PERLAKSANAAN PAN-ISLAMISME DALAMERA SULTAN ABDUL HAMID II

Hanin Najihah Mohayan, Nur Ainul Basyirah Alias

Abstract


Pada era pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, baginda telah merangka sebuah gerakan iaitu gerakan Pan-Islamisme yang bermatlamatkan penyatuan umat Islam dan sebagai tindak balas terhadap kuasa-kuasa Barat yang berjaya menguasai wilayah-wilayah di Afrika, Asia dan Eropah. Situasi umat Islam pada abad ke-19 Masihi telah mendorong kepada tercetusnya idea kesatuan Islam ini. Rentetan hal itu, baginda sultan menghadapi pelbagai bentuk kekangan serta bantahan daripada pihak-pihak tertentu. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membincangkan pembentukan Pan-Islamisme serta mengklasifikasikan cabaran dalaman dan luaran yang dihadapi oleh baginda dalam melaksanakan gerakan ini. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan metode kualitatif yang berbentuk kajian sejarah manakala kaedah pengumpulan data menggunakan kajian kepustakaan serta metode analisis yang digunakan adalah metode tematik dan deduktif. Kajian mengenal pasti bahawa Sultan Abdul Hamid II menghadapi pelbagai cabaran ketika mengusahakan gerakan Pan-Islamisme tersebut. Selain kelemahan Daulah Uthmaniyyah, terdapat segelintir masyarakat Islam yang berada dalam wilayah Daulah Uthmaniyyah dan di luar Uthmaniyyah yang menentang idea ini sehingga menyebabkan gerakan ini sukar dilaksanakan. Kesimpulannya, keberhasilan gerakan Pan-Islamisme ini perlu dianalisis lebih mendalam kerana ia membawa kepada kewujudan pelbagai gerakan umat Islam lainnya di serata dunia sehingga kini.

Keywords


Pan-Islamisme; Sultan Abdul Hamid II; Daulah ‘Uthmaniyyah; Kesatuan Umat Islam

Full Text:

PDF

References


Al-Solabi. (2001). Faktor Kebangkitan & Sebab Kejatuhan Empayar Uthmaniah. Salehan Ayub (Terj.) Kuala Lumpur :Pustaka Salam.

Çetinsaya, G. (2009). Pan-Islamism. Dalam Gábor Ágoston & Bruce Masters (Eds.). The Encyclopedia of The Ottoman Empire (pp. 453-456). New York : VB Hermitage.

Deringil, S. (1991). Legitimacy structures in the Ottoman State: The reign of Abdulhamid II (1876-1909). International Journal of Middle East Studies, 23 (3), 345-359.

Eeman Abbas. (2019). Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah Peranan Gerakan Nasionalis & Golongan Minoriti. Pustaka Salam.

Ermy Azziaty Rozali. (2016). Turki Uthmaniah persepsi dan pengaruh dalam masyarakat Melayu. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Landau, J. M. (1990). The Politics of Pan-Islam: Ideology and Organization. Clerendon Press.

Nicholso, J. (2005). The Hejaz Railway. Stacey International.

Özcan, A. (1995). Jamaladdin Afghani’s honorable confinement in Istanbul and Iran’s demands for his extradiction. The Journal of Ottoman Studies, 15, 285-291.

Özyüksel, M. (2014). The Hejaz railway and the Ottoman Empire: Modernity, Industrialisation and Ottoman Decline. London: I. B. Tauris & Co. Ltd.

Selçuk Ak?in Somel. (2009). Abdülhamid II. In Gábor Ágoston & Bruce Masters (Eds.). Dalam Gábor Ágoston & Bruce Masters (Eds.). The Encyclopedia of The Ottoman Empire (pp. 453-456). New York : VB Hermitage.

Spahic, O. (2021). Examining the concept of Pan-Islamism. Journal of Islamic Sciences and Comparative Studies, 5 (2), 21-51.

Yazici, S. & Ahmed, Y. (2015). Sultan Abdul Hamid II: A case of changing historical perception in Turkey. Turkish Area Studies Review, 25, 38-43.

Zulhelman Roslan & Ermy Azziaty Rozali. (2017). Polisi Pan-Islamisme semasa pemerintahan Sultan ‘Abd al-Hamid II (1876-1909M). Islamiyyat, 39 (1), 67-81. http://dx.doi.org/10.17576/islamiyyat-2017-3901-08.

Zulhelman Roslan. (2018). Manifestasi polisi pan-Islamisme melalui projek kereta Hijaz. (Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2018).


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2023 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.