LEKSIS PERIPHERAL INDO-EURO DALAM PENGANTARABANGSAAN BAHASA MELAYU DI ALAM MALAYNESIA

Gerald Ahayu, Mohd Nor Azan Abdullah, Suhailah Abdul Muin

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan usaha-usaha pengantarabangsaan bahasa Melayu melalui penyerapan unsur-unsur asing seperti leksis peripheral Indo-Euro dalam bahasa Melayu. Penulis mendapati bahawa ramai rakyat Malaysia yang kurang mengetahui akan kewujudan leksis peripheral Indo-Euro yang diserap ke dalam bahasa Melayu apabila sebutannya diubahsuai dengan sebutan Malaynesia setelah dimelayukan. Kajian mengenai perubahan fonologi dan morfologi leksis peripheral Indo-Euro apabila diserap ke dalam bahasa Melayu masih kurang dilakukan dalam satu kajian yang sama. Penulis akan meneliti dan menyenaraikan leksis peripheral Indo-Euro yang diserap ke dalam bahasa Melayu dengan sebutan bahasa Melayu. Melalui penyerapan leksis peripheral Indo-Euro tersebut, penulis akan mengenal pasti perubahan fonologi dan morfologi leksis peripheral Indo-Euro dalam pembentukan leksis Malaynesia. Metodologi kajian ini menggunakan kajian perpustakaan dengan merujuk kamus-kamus, buku-buku atau dokumen tatabahasa yang berkaitan. Alam Malaynesia merupakan kawasan penyebaran bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca. Penulis akan menunjukkan bahawa wujudnya perubahan elemen-elemen linguistik leksis peripheral Indo-Euro apabila diserap ke dalam bahasa Melayu dengan sebutan bahasa Melayu yang melibatkan perubahan fonologi dan morfologi. Penulis akan menggunakan pendekatan fonologi dan pendekatan morfologi dalam mengenal pasti perubahan tersebut. Selain itu, penulis juga akan mengunakan pemahaman etimologi diakronik dan sinkronik yang melibatkan sejarah asal leksis yang dikaji dan perubahan fonologi dan morfologi yang dialami oleh setiap leksis peripheral Indo-Euro yang diserap ke dalam bahasa Melayu.

Keywords


Indo-Euro; Leksis; Peripheral; Malaynesia; Pengantarabangsaan Bahasa Melayu

Full Text:

PDF

References


Bruce. C. H. (1992). Sanskrit pronunciation: booklet and audio. California: Theosophical University Press

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2021). Kamus Dewan (edisi kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Gonda. J. (1973). Sanskrit in Indonesia. Ed. ke-2. New Delhi: International Academy of Indian Culture

Harun K., Ismail K., Wahid L.A., Ismail Z., & Sabil A.M. (2018). Membangun Kerangka Standard Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia. Jurnal Melayu, 2(17)

Jones, Rusell. (1978). Arabic Loans Words in Indonesian. A check-list of words of Arabic and Persian origin in Bahasa Indonesia and Traditional Malay, in the Reformed Spelling. London: Indonesian Etymological Project/Paris: Archipel.

Matras, Y. (2009). Language contact. UK: Cambridge

Malay Can be “Language of Asean”. (2010). The Brunei Times. Diakses daripada http://www.brudirect.com pada 21 Mei 2021

Ministry of Education Malaysia. (2013). “Frequently Asked Questions: COMPULSORY SUBJECTS [Soalan-Soalan Lazim: MATA PELAJARAN WAJIB (MPW]). Diakses pada 07 September 2021 dlm. The Official Portal of Malaysian Qualifications Agency. http://www.mqa.gov.my/portal2012/default/en/faq_mpw.cfm#5

Ministry of Education Malaysia. (2014). National Education Statistic: Higher Education Sector 2013. Diakses pada 07 September 2021 dlm. Laporan Statistik Pelajar Kementerian Pendidikan Malaysia. http://www.mohe.gov.my/web_statistik/

Mohd Nor Azan Abdullah & Musirin Mosin. (2018). Pengaruh Leksis Peripheral Sanskrit Dalam Bahasa Dusun. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Universiti Malaysia Sabah

Mohd Nor Azan Abdullah. (2013). Thèse du doctorat: Étude Comparative Des Structures Et Des Systèmes Verbaux Du Francais Et Du Malais. Besançon France: Université Du Franche-Comté

Mohd Nor Azan Abdullah & Saini Ag. Damit. (2018). Leksis Periferal Indo-Arabo-Euro Dalam Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Alam Malaynesia. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Universiti Malaysia Sabah

Mohd Nor Azan, A. & Mohd Yusof, A. (2017). Keluarga Bahasa Indo-Malaynesia Dan Pengaruh Bahasa Sanskrit Dalam Memperkayakan Perbendaharaan Kosa Kata Bahasa Melayu, Jurnal Kesidang, 2(1). 77-95

Paitoon M. Chaiyanara. (1995). Kata-kata Sanskrit dalam bahasa Melayu dan bahasa Thai: Satu Kajian Perbandingan Dari Segi Fonologi. Kongres bahasa Melayu sedunia. (1). Kuala Lumpur: 21-25 Ogos

Sugiono, D. (2017). Bahasa Indonesia Menuju Bahasa Internasional. FON: Jurnal Pendidikan Bahasa dan Sastra Indonesia, 11(2)

Takari, M. (2017). Bahasa Melayu dalam Konteks MEA. In Seminar Bahasa Melayu sebagai Bahasa ASEAN


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2023 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.