IMPLIKASI PENGUASAAN KEMAHIRAN ICT PENSYARAH PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP HUBUNGAN INTERPERSONAL DENGAN PELAJAR POLITEKNIK DI MALAYSIA

Ahmad Firdaus Mohd Noor, Khairunnisa A Shukor

Abstract


Penguasaan ICT dalam kalangan pensyarah di institusi pengajian tinggi dapat membentuk perkembangan holistik pelajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta hubungan interpersonal antara pensyarah dengan pelajar. Walau bagaimana pun, kajian penggunaan ICT dalam kalangan pensyarah Pendidikan Islam di Politeknik dalam aspek pendekatan PdP dan pengukuhan hubungan interpersonal antara pensyarah dan pelajar masih kurang dibincangkan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat implikasi penguasaan kemahiran ICT pensyarah cemerlang Pendidikan Islam (PCPI) dalam pelaksanaan tugas pensyarah Pendidikan Islam di politeknik Malaysia dalam aspek PdP dan aspek hubungan interpersonal antara pensyarah dan pelajar di politeknik. Peserta kajian terdiri daripada enam orang Pensyarah Cemerlang Pendidikan Islam yang dipilih melalui persampelan bertujuan. Kaedah temu bual dan pemerhatian turut serta telah dijalankan untuk melihat pengamalan kemahiran ICT sepanjang PDP/ PDPR dijalankan. Data temu bual dan pemerhatian ini dianalisis menggunakan perisian NVivo 10 untuk mendapatkan tema. Kajian ini mendapati bahawa PCPI telah menguasai sepuluh medium ICT, termasuk penggunaan perisian Microsoft Office, e-learning¬, media sosial dan aplikasi telefon pintar. Penguasaan kemahiran ICT ini didapati telah memberi impak terhadap aspek PdP melalui inovasi dalam pendidikan, kepelbagaian kaedah pengajaran berdasarkan dinamik kemampuan pelajar dalam penguasaan PdP, serta penguasaan teknologi pendidikan maya dan media sosial sebagai tapak pembelajaran interaktif. Dari aspek hubungan interpersonal dengan pelajar pula, penguasaan kemahiran ICT membantu pensyarah mendekati pelajar, dengan berkomunikasi tanpa mengira lokasi, walau pun ketika pandemik Wabak Covid-19. Pensyarah menjadi sumber kekuatan dan pusat rujukan melalui komunikasi maya seperti WhatsApp dan Facebook, walau pun selepas tamat pengajian. ICT juga membantu pensyarah mengekang masalah disiplin pelajar. Kajian ini diharapkan dapat membantu pensyarah-pensyarah menyedari tentang kepentingan penguasaan ICT dalam pendidikan.

Keywords


Kemahiran ICT; Hubungan Interpersonal; Pelajar Politeknik; Pensyarah Pendidikan Islam

Full Text:

PDF

References


Abdull Sukor Shaari (2010). Guru Berkesan Petua dan Panduan. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Adler, E.S. & Clark, R. (2011). An Invitation to Social Research: How It’s Done. Ed.4. USA: Wadsworth.

Ary, D., Jacobs, L.C., Sorensen, C.K. & Walker, D.A. (2014). Introduction to Research in Education. Ed. 9. USA: Wadsworth Cengage Learning

Babbie, E. (2014). The Basics of Social Research. Ed.6. USA: Wadsworth Cengage Learning

Cetikaya, L. (2017). The Impact of Whatsapp Use on Success in Education Process. International Review of Research in Open and Distance Learning, 18(7), 59-74

Creswell, J. W. (2012). Educational research Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research (4th ed.). Boston, MA Pearson.

Fatimah Saleh & Lim Chap Sam (2010). Analisis Data Kualitatif. Dalam Noraini Idris. Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill.

Fauzi, I., & Hanifah, D. (2018). Developing students’ speaking ability through powerpoint presentation. Loquen: English Studies Journal, 11(29).

Ferreira-Meyers, K. & Martins, J. (2020). The use of Whatsapp in today’s mobile language teaching and learning. ITM Web of Conferences 33, 03007 (2020)

Huang, Y. (2016). Exploring the intention to use cloud services in collaboration contexts among Taiwans private vocational students. Information Development, 33(1)

Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi (2013). Panduan Kriteria Kecemerlangan Kenaikan Pangkat PPPT Edisi ke3, 2013. Putrajaya: Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Johnson, D. (2012). The Classroom Teacher's Technology Survival Guide. San Francisco: Jossey-Bass Teacher

Jonker, J. & Pennink, B.W. (2010). The Esseance of Research Methodology: A Concise Guide for Master and PhD Students in Management Science. New York: Springer

Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri (2012). Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Kamarul Azmi Jasmi (2010). Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia: Satu Kajian Kes. Tesis Doktor Falsafah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kitikedizah, H. & Maimum, A.L. (2022). Kepentingan Gamifikasi dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PDPC) Pendidikan Islam. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J), 5(1), 58-64

Nabilah Abdullah, Rohaya Abdul Wahab, Ghaziah Ghazali, Shireena Basree Abdul Rahman & Norshidah Nordin (2010). Ciri-Ciri Penyelidikan Kualitatif. Dalam Noraini Idris. Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill.

Noriah Mohd. Ishak, Siti Fatimah Mohd.Yassin, Mohd Izham Mohd Hamzah & Siti Rahayah Ariffin (2010). Kajian Kes. Dalam Noraini Idris. Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill.

Ramlah Lihun Manilah, Jamaludin & Hasdin. (2017). Penggunaan Metode Diskusi Untuk Meningkatkan Hasil Belajar Pkn Siswa Kelas IV SDN Batang Babasal. Jurnal Kreatif Tadulako, 5(9), ms. 90-107.

Rosmiati, U. & Siregar, N. (2021). Promoting Prezi-PowerPoint presentation in mathematics learning: the development of interactive multimedia by using ADDIE model. Journal of Physics Conference Series, 1957(2021)

Saylag, R. (2013). Facebook as a Tool in Fostering EFL Teacher’s Establishment of Interpersonal Relations with Students Through Self-Disclosure. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 82(2013), 680 – 685

Syed Sofian Syed Salim, Ahmad Jazimin Jusoh, Mohammad Nasir Bistaman, Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Muhammad Bazlan Mustafa & Rohany Nasir (2011). Peranan Kecerdasan Emosi dan Faktor Ciri-ciri Pekerjaan ke Atas Kepuasan Bekerja Dalam Profesion Perguruan. Jurnal Pengajian Pendidikan.

Ustun, A.B. (2019). Effects of Utilizing Prezi on Academic Achievement and Knowledge Retention. Journal of Information and Communication Technologies, 2(1), 31-43

Yim, S.N. & Ranti, A.T. (2022). The Effects of MS PowerPoint on Students at a Malaysian University in the English for Professionals (EFP) Classrooms. AsiaCall Online Journal, 13(4), m.s. 32-43

Yin, R.K. (2013). Case Study Research: Design and Method. Ed.5. USA: SAGE Publications Inc.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2023 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.