PENGARUH KEPIMPINAN DAN GANJARAN TERHADAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENSYARAH MUDA UITM SABAH

Masnih Mustapa, Musaiyadah Ahmadun, Sharifah Sari Datu Asal, Muzalifah Monil, Nur Ilma Ambo, Siti Nurhafizan Panglima

Abstract


Kepimpinan dan ganjaran merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengaruh kepimpinan dan ganjaran terhadap kepuasan kerja dikalangan pensyarah muda di UiTM Sabah. Dalam kajian kualitatif ini, UiTM cawangan Sabah telah dipilih sebagai organisasi kajian kes. Temubual separa struktur terhadap lapan orang pensyarah muda telah digunakan sebagai kaedah pengumpulan data yang utama. Selain itu, data telah dikumpulkan melalui penilitian dokumen. Seterusnya, data dianalisis menggunakan kaedah analisis data tematik. Kajian mendapati pengaruh kepimpinan seperti bersikap positif, fleksibel, bersifat terbuka dan bermotivasi dapat mempengaruhi kepuasan kerja pensyarah muda di UiTM. Selain itu, ganjaran dari sudut instrinsik dan ekstrinsik juga memberikan impak yang besar terhadap kepuasan kerja pensyarah muda du UiTM Sabah.

Keywords


kepimpinan; ganjaran; pensyarah; kepuasan kerja

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2023 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.