KEFAHAMAN PELAJAR MUSLIMAH TERHADAP KEWAJIPAN MENUTUP AURAT DI POLITEKNIK MUKAH
Abstract
Islam telah menggariskan tatacara berpakaian dengan sempurna khususnya untuk wanita muslimah sepertimana yang telah ditetapkan oleh syarak. Di Malaysia, wanita muslimah sedang dilanda fenomena perkembangan fesyen yang sentiasa “up to date” dari semasa ke semasa. Kebanyakan wanita muslimah keliru serta salah faham tentang tatacara berpakaian yang betul dengan menonjolkan gaya fesyen berlebihan-lebihan sehingga melanggar tuntutan syarak. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kefahaman pelajar muslimah terhadap kewajipan menutup aurat dan mengenal pasti tahap amalan pelajar muslimah terhadap kewajipan menutup aurat. Kajian ini juga dijalankan untuk melihat hubungan di antara tahap kefahaman dengan tahap pengamalan pelajar muslimah terhadap kewajipan menutup aurat. Responden kajian ini adalah pelajar perempuan Islam sesi 1: 2022/2023 di Politeknik Mukah. Sebanyak 25 item dalam soal selidik online yang dibangunkan melalui google form dikongsikan kepada responden. Nilai Cronbach’s Alpha kajian rintis adalah 0.885. Data deskriptif dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package for Social Science version 26” untuk mendapatkan nilai min, kekerapan dan peratusan. Data inferensi dianalisis menggunakan korelasi “Pearson” untuk mengetahui hubungan antara tahap kefahaman dengan tahap amalan pelajar muslimah terhadap kewajipan menutup aurat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman pelajar muslimah terhadap kewajipan menutup aurat berada pada nilai min yang tinggi iaitu 4.78. Manakala nilai min bagi tahap amalan pelajar muslimah terhadap kewajipan menutup aurat juga berada pada nilai min yang tinggi iaitu 4.41. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang sangat kuat antara pemboleh ubah tahap kefahaman dengan tahap pengamalan pelajar muslimah terhadap kewajipan menutup aurat iaitu r=0.741**. Justeru pelaksanaan dan pengamalan menutup aurat dengan sempurna perlu diambil perhatian oleh semua pihak agar wanita muslimah umumnya dapat mengaplikasikan etika pemakaian Islam dengan betul dan tidak melanggar tatacara berpakaian yang ditetapkan oleh syarak.
Keywords
kefahaman; pelajar muslimah; kewajipan; menutup aurat
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2023 Jurnal 'Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.