ISU DAN CABARAN IBU TUNGGAL : KIT BAN TOW SEBAGAI INISIATIF AWAL

Maymunah Ismail, Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz, Noormala Rabu, Marziana Abd Malib, Mohamad Shafiei Ayub, Khalilah Ibrahim

Abstract


Ibu tunggal di Malaysia berjumlah 8.3% daripada jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia. Selepas penceraian sama ada penceraian hidup atau mati, ibu tunggal menghadapi pelbagai cabaran hidup yang menyumbang kepada peningkatan golongan yang kurang berkemampuan, serta memerlukan bantuan dan sokongan untuk meneruskan kehidupan mereka dengan berkualiti. Masalah ibu tunggal bertambah serius apabila terdapat juga ibu tunggal yang kurang cakna akan bantuan kerajaan yang diperuntukkan kepada mereka, ditambah pula dengan urusan mahkamah yang perlukan penyelesaian serta ketidakstabilan ekonomi yang menyebabkan tekanan kepada mereka. Kegagalan untuk membantu ibu tunggal ini akan menyebabkan mereka menghadapi masalah kesejahteraan hidup dan masalah kemurungan dan mental. Mereka memerlukan satu panduan yang berupa bimbingan dalam melalui proses selepas penceraian. Oleh yang demikian, kajian awalan dijalankan untuk mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh ibu tunggal dan penyelesaiannya kepada masalah mereka. Kajian ini dilakukan secara kualitatif hasil dari soal selidik yang diberikan kepada ibu tunggal melalui Persatuan Ibu Tunggal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hasil kajian mendapati, cabaran yang dihadapi oleh ibu tunggal adalah (a) kurang cakna terhadap bantuan yang diperuntukkan b) urusan mahkamah, dan (c) ketidakstabilan ekonomi. Sebagai solusi kepada permasalahan ibu tunggal ini, kajian ini membangunkan Kit BanTow dengan harapan dapat membantu dan membimbing wanita dalam memulakan tuntutan dan menguruskan kehidupan selepas penceraian. Kit ini mengandungi senarai semak hak-hak yang boleh dituntut oleh ibu tunggal dan senarai organisasi-organisasi penting berkaitan yang dilengkapi dengan QR Code supaya rujukan terus boleh dibuat.

Keywords


ibu tunggal; hak wanita; ketidakstabilan ekonomi; kesejahteraan hidup; panduan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2023 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.