TOKOH DAKWAH NEGERI MELAKA: PEMIKIRAN DAN SUMBANGAN TUAN GURU HAJI KARIM BIN DALIP DALAM DAKWAH DI NEGERI MELAKA
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji mengenai pemikiran Tuan Guru Haji Karim Bin Dalip dan sumbangannya dalam bidang dakwah di Negeri Melaka. Tokoh ini mempunyai kemampuan dan peranan yang besar dalam melahirkan masyarakat Islam di Melaka. Hasil dari pemikiran dan sumbangan Tuan Guru Haji Karim Bin Dalip, Islam masih utuh dan kuat dalam kalangan masyarakat Melaka pada hari ini. Kajian ini merupakan kajian berbentuk deskriptif yang dapat menerangkan fenomena berdasarakan data deskriptif yang diperolehi melalui temubual yang dijalankan. Kajian lapangan juga dilakukan dengan menemubual tiga orang sampel bagi mendapatkan maklum balas mengenai pemikiran dan sumbangan Tuan Haji Karim.
Keywords
Kajian Tokoh; Melaka; Tuan Guru Haji Karim Bin Dalip
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2023 Jurnal 'Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.