PENYAMPAIAN STATUS HADIS DHAIF DALAM KALANGAN GURU TAULIAH DI NEGERI MELAKA: SATU TINJAUAN AWAL
Abstract
Guru tauliah merupakan penyumbang terpenting dalam pembangunan pendidikan peringkat akar umbi dalam masyarakat Islam. Namun begitu, terdapat beberapa permasalahan yang ditemui berkenaan dengan penyampaian status hadis dalam kalangan guru tauliah. Tambahan pula kedudukan hadis dhaif merupakan sesuatu perkara yang sering diperdebatkan. Maka kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau berkaitan penyampaian status hadis dhaif yang disampaikan oleh guru tauliah di masjid dan surau kepada masyarakat. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kajian tinjauan dan lapangan. Ia menggunakan dua instrumen untuk mengumpul data di lapangan sebenar. Instrumen yang digunakan adalah dengan kaedah temubual dan kaedah pemerhatian. Informan yang dipilih berdasarkan kaedah purposive dan relevan. Hasil dari temubual mendapati guru tauliah berbeza pendapat dalam menetapkan status sesebuah hadis diantara dhaif ataupun palsu pada hadis yang sama. Selain itu, pengetahuan guru tauliah berkaitan status hadis dhaif berbeza di antara mereka dan latar belakang guru tauliah yang berbeza dalam bidang pengajian merupakan antara faktor permasalahan yang berlaku. Justeru, kajian ini mendapati faktor-faktor tersebut menjadi permasalahan yang sering dihadapi oleh para guru tauliah dalam menyampaikan status hadis dhaif di masjid dan surau.
Keywords
Guru Tauliah; Status Hadis; Hadis Dhaif
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2022 Jurnal 'Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.