APLIKASI FAWASIL AL-QURAN DALAM MANUSKRIP AL-QURAN DI ALAM MELAYU

Mohd Nazir Kadir, Mohd Faizulamri Mohd Saad

Abstract


Penulisan dan penyalinan ayat-ayat suci al-Quran telah pun bermula sejak zaman Baginda s.a.w. Ia merupakan satu tradisi yang berlaku hingga ke hari ini. Pelbagai inovasi dalam penandaan bacaan al-Quran telah diperkenalkan yang dipelopori oleh Abu Aswad al-Duali bagi harakah yang bewarna merah (wafat 688M). Penandaan fasilah bagi ayat al-Quran tidak terlepas melalui beberapa fasa perubahan yang berlaku terhadap manuskrip-manuskrip al-Quran dalam dunia Islam. Artikel ini bertujuan mengaklafikasikan tanda-tanda fasilah yang digarap oleh para penyalin berdasarkan manuskrip-manuskrip al-Quran yang terdapat di Alam Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang berasaskan rekabentuk analisis dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa corak tanda fasilah yang diaplikasi oleh para penyalin sebanyak 5 bentuk iaitu (1) bulatan, (2) titik, (3) tanda (‘), (4) tanda huruf dan (5) tanpa sebarang tanda. Berdasarkan hasil kajian ini adalah dicadangkan untuk dilakukan kajian lanjutan berdasarkan sumber mengambilan teori terdapat kepelbagaian tanda fasilah tersebut.

Keywords


Fawasil; Fasilah; Manuskrip Al-Quran; Alam Melayu

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2022 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.