WACANA ILMU TAHIRAT DALAM PENGAJIAN AL-QIRAAT: ANALISIS TERHADAP METODOLOGI IBN AL-JAZARI DALAM KITAB AL-NASHR

Mukhlis Mustaffa, Khairulnazrin Nasir

Abstract


Kitab al-Nashr merupakan kitab yang mengumpulkan tariq secara universal dan membincangkan segala bentuk-bentuk bacaan dan wajah jika dibandingkan dengan Tariq al-Shatibiyyah. Manakala Ilmu Tahrirat pula berfungsi sebagai neraca yang menyaring semula segala Qira’at, Riwayat, Tariq dan Wajah yang terdapat dalam al-Nashr agar tidak berlaku pertindihan dan percampuran dalam empat perkara tersebut ketika membaca al-Quran. Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk menjelaskan hubungan al-Nashr dan Ilmu Tahrirat. Seterusnya menyingkap sejarah kemunculan Ilmu Tahrirat serta perkaitannya dengan sistem talaqqi dan mushafahah samada secara Ifrad mahu pun Jam‘. Kajian ini berbentuk kualitatif. Kaedah pengumpulan data adalah melalui metod penyelidikan kepustakaan. Kajian ini bertujuan memperkenalkan Ilmu Tahrirat sebagai ilmu yang penting sekaligus mengoptimumkan penggunaan wajah-wajah bacaan al-Quran berdasarkan panduan Tahrirat yang sahih. Kajian juga memperlihatkan bahawa pada permulaan tahun 400 Hijrah adalah tahun kerancakan Talaqqi Qira’at secara Jam‘ dan ilmu Tahrirat pula sudah pun dipraktikkan secara teori dan juga amali.

Keywords


Ibn al-Jazari, al-Nashr; Tahrirat; Jam‘ Qira’at; Ifrad

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2022 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.