FAKTOR KECEKAPAN TADBIR URUS DALAM PENGURUSAN PEMBIAYAAN HARTA WAKAF PRODUKTIF DI MALAYSIA

Sakinatul Raadiyah Abdullah

Abstract


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dapat dilihat bahawa pemulihan institusi wakaf telah menjadi agenda dalam komuniti Muslim di seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Selari dengan usaha pemulihan ini, perhatian kepada keperluan pengurusan dan kecekapan tadbir urus dalam organisasi yang terlibat secara langsung untuk menguruskan harta wakaf menjadi tumpuan. Pengurusan wakaf yang baru dan moden dilihat sebagai satu elemen yang ditekankan dan menjadi fokus selain daripada elemen sumber pembiayaan dalam pembangunan harta wakaf di Malaysia. Persoalannya, adakah tadbir urus pengurusan pembiayaan harta wakaf yang dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia telah mencapai standard kecekapan yang diinginkan? Sejajar dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti prinsip tadbir urus dalam pengurusan sumber manusia menurut perspektif Islam. Kedua, menganalisis nilai kecekapan tadbir urus dalam pengurusan pembiayaan harta wakaf yang dilaksanakan di Malaysia. Data diperolehi melalui temubual separa mendalam bersama pegawai dan pengamal wakaf serta melalui sumber sekunder seperti penulisan, jurnal, artikel dan laman sesawang organisasi yang dikaji. Analisis dilakukan menggunakan analisis kandungan. Akhirnya, diharap kajian yang dilakukan dapat memberi implementasi yang baik dalam mewujudkan kecekapan tadbir urus dalam pengurusan pembiayaan harta wakaf bagi memastikan pembangunan harta wakaf lebih produktif dan menjamin kelestarian manfaat harta wakaf di Malaysia khasnya.


Full Text:

PDF

References


Abdul Halim Ramli & Kamarulzaman Sulaiman (2006). Pembangunan Harta Wakaf: Pengalaman Negara-Negara Islam. Kertas kerja dibentangkan dalam Konvensyen Wakaf Kebangsaan 2006 pada 12-14 September 2006 di Kuala Lumpur.

Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Pindaan 2002) (Akta 505).

Che Zuaina Ismail (2010). Perundangan Wakaf Di Malaysia: Analisis Beberapa Isu Berbangkit. Kertas kerja yang dibentangkan dalm 5th ISDEV International Graduate Workshop 2010 di USM, Pulau Pinang.

Hydzulkifli Hashim & Asmak Ab. Rahman (2012). Pengurusan Pembangunan Harta Wakaf: Pengalaman Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Terhadap Wakaf Seetee Aishah. Jurnal Pengurusan (IJMS 19, 2), Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Manual Pengurusan Tanah Wakaf (2005). Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Manual Pengurusan Wakaf Tunai (2009). Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Md Nurdin Ngadimon (2014). Pendanaan Pembangunan Wakaf Melalui Sukuk: Cabaran dan Prospek. Kertas kerja yang dibentangkan untuk Pasaran Modal Islam Malaysia.

Mohd Haiyazid Mohammad & Sanep Ahmad, (2016). Pembiayaan & Pembangunan Wakaf dalam Melestarikan Ekonomi Ummah: Cabaran dan Prospek Masa Hadapan, Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.

Mohamad Akram Laldin, Mek Wok Mahmud & Mohd. Fuad Sawari (2010). Maqasid Syariah Dalam Pelaksanaan Waqaf, Jurnal Pengurusan JAWHAR, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Putrajaya.

Mohamad Zaim Isamail, Khadher Ahmad, Mohd Farhan Md. Ariffin & Muhammad Ikhlas Rosele (2013). Pemerkasaan Wakaf di Malaysia: Satu Sorotan. Kertas Kerja yang dibentangkan dalam 5th Islamic System Conference (iECONS 2013) pada 4-5 September 2013. Anjuran Universiti Sains Islam Malaysia.

Mohd Daud Bakar (1999). Amalan Institusi Wakaf Di Beberapa Negara Islam. Satu Perbandingan Dalam Konsep Pelaksanaan Wakaf Di Malaysia. Kuala Lumpur: IKIM.

Mokthar Ismail (2015). Kelebihan Dan Manfaat Tadbir Urus Baik Serta Perkhidmatan Berkualiti Kepada Strategi Pemasaran Institusi Pengajian Tinggi Islam (IPTI).

Municipal Association of Victoria, Victorian Local Government Association, Local Government Victoria and Local Government Professionals. (2014). Good Governance Guide. Diakses pada 7 Ogos 2016 daripada http://www.goodgovernance.org.au/about-good-governance/what-is-good governance.

Osman Sabran (2002). Pengurusan Harta Wakaf. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Pengalaman Negara-Negara Islam. Kertas kerja dibentangkan dalam Konvensyen Wakaf Kebangsaan 2006 pada 12-14 September 2006 di Kuala Lumpur.

Razali Othman (2013). Institusi Wakaf: Sejarah Dan Amalan Masa Kini. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Wahbah Zuhaily, Ihya Nizam al-Waqf wa Fiqhuhu Mahliyan wa Dauliyan, kertas kerja di Mukmat al-Shariqah li al-Waqf al-Islami, 26-27 April 2005, Sarjah, UAE.

Yap Kioe Sheng. (n.d.). What is Good Governance? United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (UNESCAP). Diakses pada 7 Ogos 2016 http://www.unescap.org/sites/default/files/good-governance.pdf

Zakaria Bahari (2012). Pemerkasaan Instrumen Wakaf Dalam Pembangunan Ekonomi. Kertas kerja yang dibentangkan di International Conference On Religiousity In Development di Hotel Madani, Medan pada 26-27 April 2012, anjuran Universitas Medan Area (UMA), Medan, Indonesia.

Zuraidah Mohamed Isa, Norhidayah Ali & Rabitah Harun, A Comparative Study of Waqf Management in Malaysia, h. 563. Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on Sociology and Economics Development, Singapura, 2011.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.