PSIKOGEOGRAFI DALAM ANTOLOGI LAUT TAK BIRU DI SEBERANG TAKIR (1972)

Nur Nafishah Azmi

Abstract


Kajian ini adalah mengenai psikogeografi dalam Antologi Laut Tak Biru Di Seberang Takir (1972). Pengalaman seorang penyair sebagai pemerhati dalam masyarakat tempatan menjadi sumber inspirasi terkaya untuk penyair menghasilkan puisi. Dalam Antologi Laut Tak Biru di Seberang Takir, T. Alias Taib berperanan sebagai flaneur dalam memberikan tumpuan terhadap Kuala Terengganu sebagai lokasi yang membawa dirinya hanyut terhadap emosi dan tingkah laku individu. Terdapat kajian lepas yang mengkaji tentang nilai-nilai kemanusiaan dalam sajak TAT (2004), kritik sosial dalam puisi Pasar Pengalaman (2005) dan analisis puisi TAT melalui teori fenomenologi-rasa untuk memahami jati diri TAT (2022). Oleh yang demikian, makalah ini menganalisis psikogeografi dalam antologi puisi Laut Tak Biru di Sebarang Takir (1972) bagi melihat perkaitan TAT dan kawasan yang dinyatakan dalam puisi serta mengukuhkan lagi kajian- kajian yang sedia ada. Objektif kajian adalah dengan mengenalpasti dan menganalisis puisi dengan menggunakan pendekatan psikogeografi. Kaedah analisis teks dengan menggunakan dérive teori menjadikan TAT sebagai flanuer dalam konteks psikogeografi oleh Guy Debord. Teks yang menjadi fokus kajian adalah Antologi Laut Tak Biru di Seberang Takir, yang mengandungi 45 buah puisi tetapi makalah ini akan menganalisis hanya sebelas buah puisi yang mendominasi tentang kawasan yang dijejaki oleh TAT dalam puisinya. Hasil analisis puisi TAT daripada faktor luarannya menunjukkan bahawa pekerjaan sebagai seorang pelombong bijih besi dan nelayan adalah simbol kekuatan kepada masyarakat setempat. Manakala TAT adalah seorang flaneuse yang berkelana, derive (hanyut) dalam mencari identiti diri hasil daripada faktor dalaman. Keseluruhan hasil kajian diharapkan dapat menambah korpus ilmu psikogeografi dalam dunia sastera pada hari ini.


Full Text:

PDF

References


Abdul, R. H. (2005). Kritik sosial dalam Pasar Pengalaman oleh T.Alias Taib. [Master dissertation, Universiti Putra Malaysia]. http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/5856

Azmi, N., & Jamaluddin, I. (2022). Hingar-bingar Pasar Pengalaman (2004): Satu kritikan dalam memahami diri T. Alias Taib. Idealogy Journal, 7(2), 35-49. doi:10.24191/idealogy.v7i2.337

Angelo, H. (2016). From the city lens toward urbanisation as a way of seeing: Country/city

binaries on an urbanising planet. Urban Studies, 1(54). https://doi.org/10.1177/004209801662931

Ghazali, T. (2004) Sejarah perlombongan daerah Dungun, 1910-1971. [Masters dissertation, Universiti Malaya].

Gorey, O. (2017). English narrative poetry: A babel of voices. Cambridge Scholars Publishing.

Green, B. N., Johnson, C. D., & Adams, A. (2006). Writing narrative literature reviews for

peer-reviewed journals: Secrets of the trade. Journal of Chiropractic Medicine 5(3): 101–117. doi: 10.1016/S0899-3467(07)60142-6

Juntunen, M. & Lehenkari, M. (2021). A narrative literature review process for an academic business research thesis. Studies in Higher Education 46(2): 330-342.

Kennedy, X. J., & Gioia, D. (1995). Literature: An introduction to fiction, poetry, and drama

(6th Edition). Pearson

Knabb, K. (2006). Situationist international anthology. Bureau of Public Secrets. Lyons, S. (2017, Jun 18). Psychogeography: A way to delve into the soul of a city. The

Conversation. https://theconversation.com/psychogeography-a-way-to-delve-into-the-soul-of-a- city-78032

Lomas, T. & Case, B. (2023). A history of psychogeography and psychocosmology:

Humankind’s evolving orientation on Earth and in space. Current Research in Ecological and Social Psychology, 4, 1-12. https://doi.org/10.1016/j.cresp.2023.100090

Mawar, S., Nordeyana, T., & Ermy, A. R. (2022). Sastera pelancongan dan psikogeografi dalam cerpen Zaharah Nawawi. [Conference Presentation]. The third international conference on development of literature, arts, culture, and heritage, University Pendidikan Sultan Idris, Perak.

Mohd Fadhli, S. K., Ruzy. S. H., & Noraini M. Y. (2022). A psychogeographical tracing of place attachment in selected poems of Kuala Lumpur. 3L: Language, Linguistics, Literature The Southeast Asian Journal of English Language Studies Vol 28(1), 181-198. http://doi.org/10.17576/3L-2022-2801-13

Mohd Yusof, A. (2015). Bicara dunia Melayu: Tradisi pelayaran Melayu. [Conference presentation]. Bicara Dunia Melayu, Tradisi Pelayaran Melayu di Jabatan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur.

Muhammad, F. A., & Hamzah, J. (2022). Rebakan urbanisasi dan perubahan sosio – ekonomi penduduk pinggir bandar: kajian kes di Seberang Takir, Kuala Terengganu. Jurnal Wacana Sarjana 4(3), 1-15. e-ISSN 2600-9501

Noriha, B. (2010). Kefungsian gaya bahasa pengulangan dalam novel Al-Abrar: Satu analisis wacana. Kemanusiaan 17(2010), 91–110.

Nyia, S. K. (2004). Nilai-nilai Kemanusiaan dalam sajak-sajak J.M. Aziz dan T. Alias Taib.

[Master dissertation, Universiti Putra Malaysia].

Ruzy, S. H., & Fatin, N. S. F., (2016). Psychogeography of Kuala Lumpur in Nassury Ibrahim’s selected poems. Malay Literature 2(29), 165-182.

Rahimah, A. H., & Nurul, F. L. A. (Eds.). (2018). Akal budi dalam sastera rakyat. Naratif dan bukan naratif. Penerbit USM.

Saravanan, P. V. (2020). Nature and urban life – a juxtaposition in the short story

anthology Keinginan Kecil Di Celah Daun. Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 28(3). 2197-2212. e- ISSN 2231-8534

Sullivan, D. (2020). Social psychological theory as history: Outlining the critical-historical approach to theory. Personality and Social Psychology Review 24(1): 78-99.

T. Alias, Taib. (1972). Laut tak biru di Seberang Takir. Pusaka Alias.

Xiao, Y., & Watson, M. (2019). Guidance on conducting a systematic literature review. Journal

of Planning Education and Research, 39(1), 93–112. https://doi.org/10.1177/0739456X17723971


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.