TEROMBA SEBAGAI RAJA PUISI MELAYU TRADISIONAL
Abstract
Kajian ini adalah tentang teromba sebagai raja puisi Melayu tradisional dan ianya digunakan dalam semua aspek kehidupan masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih di Negeri Sembilan. Peranannya sangat penting dalam empat tahap Adat Perpatih di Negeri Sembilan iaitu adat yang sebenar-benar adat, adat yang diadatkan, adat yang teradat dan adat istiadat. Ia boleh digunakan oleh semua pihak kerana teromba ini baik untuk menyampaikan mesej, maklumat dan pendidikan secara berhemah. Kajian ini banyak menggunakan Kaedah Mengalami Menghayati dan kupasan terhadap teks dan juga terombanya. Untuk membincangkan penggunaan teromba dalam kalangan masyarakat Adat Perpatih. Turut dikaji fungsi-fungsi teromba dalam kalangan masyarakat Adat perpatih., teromba sebagai raja puisi dan untuk membincangkan teromba sebagai alat upacara. Dapatan kajian jelas menunjukkan teromba ini adalah raja puisi kerana dalamnya terkandung puisi yang lain, masih diamalkan dari dahulu hingga sekarang, fungsinya sangat jelas dan banyak digunakan dalam setiap upacara. Kajian ini penting kepada semua pihak dan boleh dijadikan panduan penting untuk memahami Adat Perpatih.
Full Text:
PDFReferences
Abdullah Siddik. (1975). Pengantar Undang-Undang Adat di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.
Djaruddin Amar. (1989). Pengantar Pengetahuan Adat. Padang: Penerbit CV. Cahaya Matahari.
Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional: Suatu Pembicaraan Genre dan Fungsi: Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jabarudin Jonet. (2001). Adat Perpatih Luak Ulu Muar. Kuala Pilah: Pelangai Press.
Kamus Dewan. (1994). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Din Bin Ali. (1956). Sambaan Cakap dan Perpatih Adat Melayu. Kuala Lumpur: The
Economy Printers Ltd.
Mohd Rosli bin Saludin (2007). Mencari Pengertian Teromba. Bukit Mertajam: Goal Intelligent.
Mohd Taib Osman. (1975). Warisan Puisi Melayu (peny). Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan
Belia dan Sukan
Nordin Selat. (1976). Sistem Sosial Adat Perpatih. Kuala Lumpur: Utusan Melayu (M) Berhad.
Norhalim Hj. Ibrahim. (1993). Adat Perpatih Perbezaan dan Persamaannya Dengan Adat Temenggung.
Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd
Wilkinson, R.J. (1901). A Malay – Englisih Dictionary. Singapura: Kelly and Walsh.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.