TEKS KLASIK MELAYU: ANTARA MITOS, KHAYALAN DAN LAGENDA DALAM KAJIAN ILMIAH
Abstract
Kajian ini adalah berkaitan kajian teks klasik Melayu iaitu perbincangan mengenai mitos, khayalan dan lagenda. Karya teks Melayu seperti Sulalatus Salatin, Hikayat Hang Tuah, dan Hikayat Raja-Raja Pasai merupakan contoh teks klasik Melayu tradisional yang sangat penting dan memberikan banyak sumbangan terhadap penulisan sejarah kerana terdapat banyak kisah-kisah tentang masyarakat Melayu tradisional dahulu terutama berkaitan kebudayaan, adat istiadat, corak kehidupan dan lain-lain. Namun terdapat segelintir ahli sejarah yang tidak dapat menerima teks klasik Melayu tradisional ini kerana dikatakan condong ke arah penceritaan mitos, legenda dan khayalan yang akhirnya tidak dapat diterima sebagai sumber atau hasil penulisan sejarah ilmiah. Hakikatnya teks klasik Melayu tradisional ini tidak patut terus di label tidak ilmiah kerana mitos dari segi pensejarahan sebenarnya mempunyai peranan yang tidak dapat dielakkan dan peranan tersebut adalah berkenaan kebudayaan Melayu itu sendiri. Kebudayaan dan corak kehidupan rakyat ketika itu membuatkan bentuk penyampaian penulisan atau karya mereka berbentuk hasil penulisan yang mempunyai maksud tersirat di sebalik mitos, khayalan dan legenda. Tambahan pula ahli sejarah profesional juga haruslah terlebih dahulu memahami budaya dan corak kehidupan masyarakat Melayu tradisional yang sangat berpegang kepada konsep daulat dan derhaka yang akhirnya akan memberikan pemahaman yang tepat tentang teks Melayu tradisional. Oleh yang demikian dalam artikel ini akan ditegaskan bahawa adalah tidak wajar ahli sejarah profesional untuk enggan menggunakan teks klasik Melayu tradisional yang dianggap mitos, legenda dan khayalan. Hal ini kerana setiap mitos, legenda dan khayalan tersebut mempunyai maksud tersendiri yang akan diberikan penjelasan secara lebih terperinci dalam artikel ini.
Full Text:
PDFReferences
Abdul Rahman Kaeh. 1975. Naskhah-Naskhah Panji: Satu Huraian. Dewan Bahasa. Jilid 19. No 2; Pp 76-101.
Abdul Rahman Haji Ismail. (Jun) 1985. "Kewibawaan Mutlak Raja dan Ketaatsetiaan Mutlak Rakyat Kepada Raja: Satu Penilaian Semula Tentang Lunas Perhubungan Raja-Rakyat Masyarakat Melayu Tradisional seperti yang terdapat di dalam Kitab Sastera Malayu". Kajian Malaysia, 3,1.
Abdul Rahman Haji Ismail. (Disember) 1985. "Sejarah Melayu: Antara Sejarah dan Dakyah". Kajian Malaysia, 3,2.
Dr.Teuku Iskandar. 1970. Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Harun Daud. 1993. Sejarah Melayu Satu Kajian dari Aspek Pensejarahan Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
J. C. Bottoms .1959. Malay Historical Works. south seas society.
J.M. Gullick. 1970. Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Yusuff Hashim. 1992. Pensejarahan Melayu :Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Muhammad Yusuff Hashim dan Abdul Rahman Kaeh. 1994. Sejarah Melayu Persepsi Sejarah dan Kesusasteraan. Selangor :Longman Malaysia Sdn.
Tardjan Hadijaj. 1964. Adat Raja-Raja Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
V.V. Joshi, 1946. The Problem of History and Historiography, Allahabad: Kitabistan.
W.G. Shellabear (ed), 1982. Sejarah Melayu, edisi ketiga.
Zainal Abidin bin Abdul Wahid. 1991. Sejarah Malaysia Pentafsiran dan Penulisan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.