PEMULIHARAAN REKABENTUK PERAHU PAYANG TERENGGANU MELALUI KAEDAH ROMBAKAN KEJURUTERAAN

M. A. Johan, N A A Rahman, Shaharudin Ahmad, Mohd Saberi Muda, N.M Khairuddin

Abstract


Perahu Payang merupakan perahu tradisional terbesar yang pernah digunakan oleh para nelayan tradisi laut dalam Terengganu suatu ketika dahulu. Saiznya adalah 14 meter panjang dan boleh menampung sehingga 15 orang ‘Awak-Awak’ atau pekerja kapal nelayan. Ia dinamakan Perahu Payang bersempena kaedah penangkapan ikannya yang menggunakan ‘Pukat Payang’. Namun, kini ia kian dilupakan oleh generasi sekarang. Bercirikan rekabentuk tradisional dan kaedah pembuatan yang unik, Perahu Payang tidak boleh dibiarkan hilang ditelan zaman. Ditambah dengan berkurangnya ‘Pandai Perahu’ atau Tukang Perahu berpengalaman secara drastik telah memburukkan lagi nasib Perahu Payang dan perahu-perahu tradisional yang lain kerana Tukang Perahu tidak meninggalkan sebarang catatan atau lukisan rekabentuk perahu-perahu tersebut. Oleh itu, pengkaji berikhtiar mendokumenkan rekabentuk Perahu Payang secara rombakan kejuruteraan berasaskan kaedah ‘Senibina Kapal’ agar rekabentuk Perahu Payang tidak hilang ditelan zaman. Usaha ini dimulakan dengan membuat pengukuran luaran artifak Perahu Payang yang ada di Muzium Negeri Terengganu untuk mendapatkan rekabentuk luaran perahu tersebut. Data ukuran tersebut didigitalkan menggunakan perisian Rhinoceros 5 bagi mendapatkan model 3 dimensi perahu tersebut. Daripada model 3 dimensi ini, ciri-ciri keapungan Perahu Payang di air tenang dapat di analisis serta lukisan Pelan Garisan dapat dihasilkan. Seterusnya, pengukuran terperinci dalaman artifak Perahu Payang tersebut pula dilakukan dan didigitalkan bagi menghasilkan model 3 dimensi perahu yang lebih terperinci. Daripada model 3 dimensi terperinci ini, beberapa analisis dapat dilakukan seperti anggaranberat serta kedudukan pusat graviti perahu dan kestabilan perahu. Analisis tersebut dapat memberi anggaran keadaan perahu di dalam air. Hasil usaha ini telah berjaya menghasilkan lukisan Pelan Garisan bagi menggambarkan rekabentuk luaran Perahu Payang dan lukisan struktur perahu untuk memberi gambaran yang lebih terperinci Perahu Payang tersebut yang boleh dirujuk oleh generasi akan datang untuk pelbagai tujuan. Selain itu, beberapa analisis juga berjaya dihasilkan bagi menganggarkan keadaan Perahu Payang di dalam air.

Full Text:

PDF

References


Abdul Wahab, M. R., & Ramli, Z. (2018). Analyzing decreasing factors in the used of Traditional Malay boats in East Coast. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 2(June), 279–288.

Ali, I. (2009). The Culture of Outrigger Boat in the Malay Archipelago: A Maritime Perspective. International Journal for Historical Studies, 1(1), 57–70.

Di Paola, F., & Inzerillo, L. (2018). 3D reconstruction-reverse engineering-digital fabrication of the Egyptian Palermo stone using by smartphone and light structured scanner. International Archives of the Photogrammetry, Remote Sensing and Spatial Information Sciences, 42(2), 311–318. https://doi.org/10.5194/isprs-archives-XLII-2-311-2018

Eko, S., Triyanto, & Mujiyono. (2020). Design and Construction of Traditional Fishing Boat in Jepara in the Context of Cultural Ecology: The Implication as Arts Learning Resources. International Journal of Indonesian Society and Culture, 12(2), 209–215. https://doi.org/10.15294/komunitas.v12i2.18937

Haron, S. J., Koto, J., & Dalil, M. (2014). Review on Delivery Issues in Malaysian Traditional Ship Production Process. Journal of Ocean, Mechanical and Aerospace, 13, 18–21.

Kommula, K. B., Laudya, S. T., Eslavath, S., Karri, S. N. R., & Pandey, R. (2018). Reverse Engineering for Restoration and Preservation of Old Artifacts and Cultural Heritage. International Journal of Engineering Research in Mechanical and Civil Engineering, 3(3), 14–18.

Mohd Zamani, & K.Vijaynathan. (2000). Cultural Influence on Hull Form Geometrical Features of Malaysian Trawler Fishing Boats. Proc. 7th International Marine Design Conference, May. http://www.academia.edu/766645/Cultural_Influence_on_Hull_Form_Geometrical_Features_of_Malaysian_Trawler_Fishing_Boats

Rahman, N. A. A., Johan, M. A., Ismail, N. M. K. N., & Ahmad, S. (2021). Constructing a Blueprint of a Kolek. IOP Conference Series: Materials Science and Engineering, 1176(1), 012028. https://doi.org/10.1088/1757-899x/1176/1/012028

Van Damme, T., Auer, J., Ditta, M., Grabowski, M., & Couwenberg, M. (2020). The 3D annotated scans method: a new approach to ship timber recording. Heritage Science, 8(1), 1–18. https://doi.org/10.1186/s40494-020-00417-9

Wahab, M. R. A., Ramli, Z., Ismail, N. N. A., Bakar, N. A., & Azhar, W. N. S. W. (2018). Symbolism in traditional Malay boat crafting in the East Coast. Journal of the Malaysia Institute of Planners, 16(1), 294–302. https://doi.org/10.21837/pmjournal.v16.i5.432

Wahab, M. R. A., Ramli, Z., Samad, M. A. A., Supian, N. S. M., Nasir, M. N. man M., & Masdey, S. S. (2018). Ancient maritime symbols in Malay traditional boat in the East Coast, Peninsular Malaysia. Journal of the Malaysia Institute of Planners, 16(1), 372–380. https://doi.org/10.21837/pmjournal.v16.i5.439

Yaakob, O., Hashim, F. E., Jalal, M. R., & Mustapa, M. A. (2015). Stability, seakeeping and safety assessment of small fishing boats operating in southern coast of Peninsular Malaysia. Journal of Sustainability Science and Management, 10(1), 50–65.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.