TEKNOLOGI ASAS PEMBUATAN PERAHU DI PANTAI TIMUR SEMENANJUNG MALAYSIA
Abstract
Penelitian mengenai perahu di alam Melayu menjadi perhatian ramai penyelidik dari luar negara terutama cara pembuatan dan penghasilan perahu di alam Melayu sedikit berbeza dengan penghasilan perahu di luar. Namun kajian mengenai asas pembuatan masih lagi kurang dan disebabkan perkembangan teknologi dan kemasukan teknologi luar. Kertas kerja ini cuba untuk menerangkan teknik awal pembuatan perahu tradisional yang telah lama dikuasai oleh tukang perahu Melayu dahulu. Dalam tinjauan di tapak pembinaan perahu, didapati teknik pembuatan ini masih lagi digunakan dalam kalangan tukang perahu Melayu pada masa kini. Teknik ini juga mengalami evolusi dalam pembuatannya selaras dengan perubahan zaman dan perkembangan dalam teknologi pertukangan kayu. Kertas kerja ini diharap dapat memberi sedikit gambaran tentang evolusi perkembangan teknologi pembuatan perahu tradisional di Alam Melayu dan sedikit sebanyak menambah korpus ilmu etnosains di Alam Melayu.
Keywords
Kata kunci : teknologi ; perahu; alam melayu
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.