PERBANDINGAN KEPENGARANGAN DALAM SYAIR DIRAJA PERAK-JOHOR ERA KONTEMPORARI

Rosnani Ibrahim, Muammar Ghaddafi Hanafiah, Shaiful Bahri Md. Razi

Abstract


Artikel ini membincangkan gaya kepengarangan dua penyair syair Diraja Melayu era kontemporari, Mohd Ibrahim bin Said dan Miskiah binti Masrom. Syair adalah satu daripada wadah pengkaryaan penulis-penulis istana dalam era abad ke-16 hingga penghujung abad ke-19. Pujian dan penceritaan sultan ialah sebahagian daripada corak kepengarangan pada era ini memandangkan penulis mempunyai hubungan yang rapat dengan golongan istana. Walau bagaimanapun, corak kepengarangan sedemikian mula melemah apabila berkembangnya sastera moden sekitar 1900. Namun muncul dua karya, Syair Sultan Azlan Shah Berjiwa Rakyat (2009), Mohd Ibrahim bin Said dan Syair DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (2018) oleh Miskiah binti Masrom. Kedua-dua penulis ini menjadikan raja sebagai subjek penulisan. Sedangkan zaman kontemporari ini penulis tiada akses ke istana. Selain itu, kedua-dua penulis tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pihak istana. Syair Sultan Azlan Shah Berjiwa Rakyat dan Syair DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar ini dijadikan data kajian. Bagi membuktikan bahawa masih wujud corak kepengarangan yang memuji dan memerihalkan golongan istana dalam penulisan teks-teks ini, teori perbandingan sastera digunakan. Kajian kualitatif menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap Syair Sultan Azlan Shah Berjiwa Rakyat dan Syair DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar diaplikasikan. Dapatan kajian juga menemukan tradisi yang menjadi adat dan kepercayaan adalah skop atau kriteria yang menjadi idea kepengarangan kedua-dua penulis dalam menjulang dan memartabatkan rajanya. Kajian ini adalah untuk menambahkayakan lagi hasil-hasil kajian secara ilmiah yang menggunakan dua karya baharu yang muncul dalam dunia kontemporari. Kajian ini juga merupakan satu proses memartabat dua karya yang sangat berharga.

Keywords


Kritikan sastera, kaji banding, kepengarangan, syair diraja, syair kontemporari

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.