WAQAF DAN IBTID?’: PENELITIAN TERHADAP KAEDAH ASAS DALAM PENENTUAN TEMPAT WAQAF DAN IBTID?’
Abstract
Waqaf dan ibtid?’ merupakan salah satu tajuk yang penting di dalam ilmu tajwid. Para pembaca al-Quran dituntut untuk mempelajarinya kerana kesalahan dalam penentuan tempat waqaf dan ibtid?’ boleh menyebabkan perubahan pada makna ayat al-Quran. Namun begitu, tempat waqaf dan ibtid?’ tidak dapat ditentukan melainkan setelah mengetahui kaedah-kaedah asas yang diguna oleh para ulama dalam menentukan tempat waqaf dan ibtid?’. Justeru, penulisan ini bertujuan untuk membuat satu penelitian terhadap kaedah asas dalam menentukan tempat waqaf dan ibtid?’. Kajian dibuat berdasarkan penelitian terhadap kaedah yang diguna oleh para ulama dalam menentukan tempat waqaf dan ibtid?’ di dalam kitab-kitab mereka. Kajian mendapati bahawa dalam menentukan tempat waqaf dan ibtid?, para ulama membuat penelitian terhadap empat perkara iaitu kaitan antara kalimah dari segi lafaz, kaitan antara kalimah dari segi makna, perbezaan qiraat dan akhir ayat. Dengan ini, para pembaca al-Quran dapat mengetahui kaedah para ulama dalam menentukan tempat waqaf dan ibtid?’ di dalam al-Quran di samping dapat berusaha untuk mengelakkan daripada berlaku kesalahan dalam bacaan al-Quran.
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Ahmad bin Hanbal. (2001). Musnad Imam Ahmad bin Hanbal. Muassasah al-Risalah.
Al-Bukhari. (2001). Sahih al-Bukhari. Dar Tuq al-Najah.
Al-D?ni, Abu 'Amru. (2001). al-Muktaf? fi al-Waqf wa al-Ibtida. Dar ’Ammar.
Al-Ghul, Muhammad Syahadat. (2002). Bughyat ’Ibad al-Rahman li Tahqiq Tajwid al-Quran. Dar Ibn ’Affan.
Al-Hamad, Ghanim Qadduri. (2017). Syarh al-Muqaddimah al-Jazariyyah. Dar al-Ghauthani.
Al-Jazari. (1985). al-Tamhid fi ’Ilm al-Tajwid (1st ed.). Maktabah al-Ma’arif.
Al-Jazari. (2014). al-Nashr fi al-Qira?t al-’Ashr. Dar al-Fikr.
Al-Marsafi, Abdul Fattah. (2008). Hidayat al-Qari ila Tajwid Kalam al-Bari. Dar Majd al-Islam.
Al-Na???s. (1992). al-Qa?’u wa al-Iitin?f. Dar ’?lim al-Kutub.
Al-Nasaie. (1986). Sunan al-Sughra al-Nasaie (2nd ed.). Maktabah al-Matbu’at al-Islamiyyah.
Al-Qari, Mulla 'Ali. (2012). al-Minah al-Fikriyyah. Dar al-Ghauthani.
Al-Sajawandi. (2001). Al-Waqf wa al-Ibtida’. Dar al-Manahij.
Al-Tirmizi. (1975). Sunan al-Tirmizi (2nd ed.). Syirkah Maktabah wa Matba’ah Mustafa al-Babi al-Halbi.
Salih, Abdul Karim. (2014). al-Waqf wa al-Ibtida wa Silatuhuma bi al-Ma’na fi al-Quran al-Karim. Dar al-Salam.
Suwaid, Aiman Suwaid. (2019). al-Tajwid al-Musawwar. Dar al-Ghauthani.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.