SUMBANGAN NIZAMIYYAH INSTITUTE TERHADAP PERKEMBANGAN MASA HADAPAN WACANA PENDIDIKAN AKIDAH MASYARAKAT AWAM

NurFarzana Nizam, Rasyidah Mat Zin, Muhammad Hazim Mohd Azhar

Abstract


Akidah merupakan teras kepercayaan dan keberagamaan bagi setiap individu Muslim. Ia menjadi titik utama sahnya segala amalan ibadah dalam kehidupan. Pegangan akidah yang sahih dan mantap turut berperanan melahirkan individu Muslim yang baik seterusnya membentuk kesepaduan dan keutuhan ummah. Namun, dewasa ini sering kali kedengaran pelbagai isu berkaitan dengan kekeliruan dan pencemaran akidah dalam kalangan masyarakat Muslim berpunca daripada kepelbagaian sumber yang longgar didedahkan kepada masyarakat awam. Di masa hadapan, perkara ini jika dipandang enteng, akan berlakunya pelbagai implikasi seperti kerosakan akidah, keruntuhan moral dan perpecahan ummah. Atas kesedaran ini, dalam usaha membentuk wacana pendidikan akidah dalam kalangan masyarakat awam yang lebih utuh pada masa hadapan, pihak Nizamiyyah Institute telah berusaha mengambil inisiatif bertujuan membentuk pegangan masyarakat Muslim dan membina kefahaman mereka terhadap ajaran akidah yang sahih sekali gus dapat menjadikannya sebagai dasar pegangan. Kefahaman tersebut secara tidak langsung juga berpotensi menjadi penapis saring kepada ajaran atau doktrin akidah yang salah. Kajian ini meneliti kepentingan pendidikan akidah dalam membentuk keutuhan ummah serta meninjau beberapa sumbangan Nizamiyyah Institute terhadap perkembangan pendidikan akidah dalam kalangan masyarakat awam di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah dokumentasi, observasi partisipasi dan temu bual tidak berstruktur bagi mendapatkan data primer berkenaan Nizamiyyah Institute. Hasil kajian mendapati bahawa Nizamiyyah Institute telah menyumbang kepada pembinaan kefahaman masyarakat terhadap pegangan dan pencerahan akidah serta memberi asas kepada pendidikan akidah pada masa hadapan dengan menganjurkan pengajian akidah berkitab secara berkala, menganjurkan program diskusi akidah, menerbitkan buku-buku akidah dan mengedarkan buku-buku akidah daripada penerbit lain. Selain terus mempergiat program-program yang berperanan membina kefahaman akidah masyarakat, kajian ini mencadangkan agar pihak Nizamiyyah Institute dapat memperluas sempadan peranan dengan membuat program kupasan jawapan dan solusi ilmiah terhadap isu-isu akidah semasa seperti ancaman Syiah dan Liberal Muslim.


Keywords


Pendidikan akidah, Nizamiyyah Institute, Buku akidah, Diskusi akidah

Full Text:

PDF

References


‘Ali Jumu‘ah. (2011). ‘Aqidah Ahl Sunnah wa al-Jama‘ah. Kaherah: Dar al-Mokattam.

Abdul Rahman Abdul Majid. (2007). Guru Sebagai Penyelidik. Selangor: PTS Publications & Distributors.

Aizzat Mohd Nasurdin, Intan Osman & Zainal Abidin Ahmad. (2006). Pengantar Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Albi Anggito & Johan Setiawan. (2018). Metodologi Penelitian Kualitatif. Jawa Barat: CV Jejak.

Al-Buti, Muhammad Sa‘id Ramadan. (2018). Al-Din wa al-Falsafah. Terj., Abdul Rauf Baharuddin, Agama dan Falsafah. Kuala Lumpur: Nizamiyyah Publications & Distributors.

Al-Buti, Muhammad Sa‘id Ramadan. (2018). Allah am al-Insan. Terj. Abdul Rauf Baharuddin & Ahmad Tarmizi Azahar. Allah atau Manusia. Kuala Lumpur: Nizamiyyah Publications & Distributors.

Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad. (2021). Al-Qis??s al-Mustaq?m fi Taqw?m Ahli al-Ta'l?m. Terj. Abdullah Zawawi Mohd Zawawi, Timbangan Yang Adil: Pada Meluruskan Golongan Ahli Ta'lim. Kuala Lumpur: Nizamiyyah Publications & Distributors.

Asming Yalawae, Mustafa ‘Afifi & Wan Abdul Fattah. (2011). Akidah: Peranan dan Kepentingannya dalam Memelihara Keharmonian Rumah Tangga. Jurnal Usuluddin 33: 1-18.

Asyraf Isyraqi Jamil. (2013). Pemikiran Pentadbiran Pendidikan Nizam al-Mulk: Kajian Terhadap Pentadbiran Madrasah Nizamiyyah. Tesis Dr. Fal, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Ibn Faris, Mu'jam Maqayis al-Lughah (t.t.). tt: tp.

Jogiyanto Hartono. (2018). Metoda Pengumpulan dan Teknik Analisis Data. Yogyakarta: ANDI.

Kathleen M. DeWalt, Kathleen Musante. (2011). Participant Observation: A Guide for Fieldworkers. Maryland: AltaMira.

Mahadi Mohammad. (2021). Al-Anwar al-Bahiyyah: ‘ala al-‘Aqaid al-Durriyyah (syarah matan al-Sanusiyyah). Kuala Terengganu: Akademi AlQuran dan Turath Ilmi.

Mohd Aizam Mas?od dan Mohd Fauzi Hamat. (2018). Sikap Syiah Terhadap Sahabat dalam Karya-Karya Syiah Berbahasa Melayu: Satu Sorotan Ringkas. Jurnal Penyelidikan Islam 30: 161-186.

Mohd Fauzi Hamat. (2002). Peranan Akidah dalam Perancangan Pembangunan Ummah: Satu Analisis dalam Konteks Masyarakat Kini. Jurnal Usuluddin 16: 13-34.

Mohd Saiful Aqil. (2021). ‘Aqidah Ahli Sunnah di Sisi al-Imam al-Nawawi. Kuala Lumpur: Nizamiyyah Publications & Distributors.

Mohd Saiful Aqil. (2021). Huraian dan Sharah Aq?dah Ahli Sunnah di Sisi al-Imam al-Nawaw?. Kuala Lumpur: Nizamiyyah Publications & Distributors.

Mu?ammad Sh?mat. (1988). Al-Isl?m D?n wa Duny?. Kaherah: t.p..

Sayyid Sabiq. (t.t.). Al-‘Aqaid al-Islamiyyah. Kaherah: al-Fath li Flam al-‘Arab.

Siti Sa'adiah Shafik & Nor Suhaily Abu Bakar. (2009). Tauhid Membina Keutuhan Akidah Islam. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari 2: 81-101.

Suwardi Endraswara. (2006). Metode, Teori, Teknik Penelitian Kebudayaan. Tangerang: Agromedia Pustaka.

Zainul Abidin Abdul Halim. (2022). ‘Aqidah, Akal, Ilmu dan Adab: Asas Pendidikan Imam al-Sanusi. Kuala Lumpur: Nizamiyyah Publications & Distributors.

Zainul Abidin Abdul Halim. (2021). Sejarah Ringkas Mazhab Ash’ari di Barat Dunia Islam: Perkembangan, Tokoh-Tokoh Utama, dan Karya-Karya Penting. Kuala Lumpur: Nizamiyyah Publications & Distributors.

Zainul Abidin Abdul Halim. (2020). Sifat 20 Imam al-Sanusi: Sejarah Ringkas, Perkembangan dan Penghayatannya. Kuala Nerang: Darul Hikmah.

Zulkifli Ismail. (2014). Ancaman Bahaya Sekularisme. Sungai Udang: Baitul Qurro’ Wal Fuqoha’.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.