WISAYAH DALAM PERUNTUKAN ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM NEGERI SEMBILAN 2004

Shahrina Romli, Mat Noor Mat Zain

Abstract


Tunggakan harta pusaka yang tidak dituntut seperti yang dilaporkan oleh akhbar semasa pada awal Januari 2020 telah mencapai angka RM 70 Billion. Keadaan ini adalah disebabkan kurang kesedaran dan sikap ambil mudah menangguh permohonan pembahagian harta pusaka menjadi salah satu faktor penyebab harta pusaka tidak dituntut oleh waris si mati sejak Malaysia mencapai kemerdekaan hingga hari ini. Oleh itu, kajian dibuat bagi melihat sejauh mana kelemahan dan kekuatan enakmen wasiat orang Islam Negeri Sembilan dapat membantu dalam menyelesaikan permasalahan ini. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti seksyen-seksyen yang memperuntukkan dengan jelas tentang peruntukan wisayah. Kajian yang dilakukan adalah berdasarkan analisis dokumen. Data-data diperolehi melalui bahan-bahan ilmiah seperti buku-buku, kertas Prosiding Seminar, kajian-kajian lepas dan Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan. Kemudian data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif. Hasil Kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa kekuatan yang sangat membantu dalam aspek wisayah dan juga mendapati sedikit kelemahan yang perlu ditambah baik dalam memastikan peruntukan wisayah dapat dilaksanakan dengan baik di mana penulisan wasiat yang diamalkan pada masa sekarang adalah berdasarkan akad wisayah yang merangkumi wasiat satu pertiga harta di dalamnya. Oleh itu, penulisan wasiat terikat dengan syarat-syarat dan hukum hakam wisayah dalam Islam

Keywords


Penulisan wasiat, Tunggakan harta pusaka, Enakmen wasiat Orang Islam.

Full Text:

PDF

References


Abdul Rashid Abdul latif. (1986). Wasiat dalam Islam: Pengertian dan Kedudukannya di Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi

Al-Bukhari (2587), Kitab Wasoya, Bab al-Wasoya dan al-Muslim (1627), Kitab awal Wasiyyat.

Al-Marja ad-Dini al-Ala, Ayatullah al-Uzma, Sayyid Muhammad Rida al-Musawi & al-Gulpaygani. (1993). Mukhtasar al-Ahkam, Markaz Ahl Bait, Universiti Kebangsaan Malaysia: Selangor

Al-Zuhaili. (1998/1419H). Wahbah, al-Wisoya wal Waqfu fi Fiqh Islami, Darul fikr, Damsyiq.

Amanah Raya Berhad. (2011). fi perkhidmatan, http://[www.arb.com.my], 1julai.

Ariffin Sabirin. (2010). Peranan agensi-agensi dalam penulisan wasiat orang Islam dan sambutan masyarakat, Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010, Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

As-Shafici, Abi Abdullah Muhammad bin Idris, Kitab al-Umm (Kitab Induk), terj: TK.H. Ismail Yakub SH.MA. T,Th. Jil. 5, Victory Agencie, Kuala Lumpur.

Ezani bin Yaakub. t.th. Fiqh pengurusan harta si Mati dan Wasiat: Teori dan Praktis. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti Teknologi Mara.

Hairin Herlina Abd Halim. (2011). Penulisan Wasiat di ARB, Kuala Lumpur, Temubual, 13 Januari.

Mat Noor Mat Zain. (2018). Kuasa wasi dalam pengurusan harta menurut Islam, Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pengurusan Harta Pusaka, Wasiat dan Wakaf, Bangi, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Ridzuan Awang. 1988. Undang-Undang Pentadbiran Harta Pusaka Orang Islam di Malaysia. Selangor: al-Rahmaniah.

Mohd Zamro Muda, Mohd Ridzuan Awang. Abdul Basir Mohamad & Md Yazid Ahmad. 2008. Pengantar Undang-Undang dan pentadbiran Pusaka, Wasiat dan Wakaf Orang Islam di Malaysia. Bangi: Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam UKM.

Musa Fathullah Harun. 1994. Masalah Wasiat dan Faraidh. Johor Darul Taczim: Universiti Teknologi Malaysia.

Mustofa Khin, Mustofa Bugha & Ali al-Syarbagi. 1430H/2009. Al-Fiqh al-Manhaji cala Mazahib al-Imam al-Syafii. Jil. 2. Damsyiq: Dar al-Qalam.

Naziree Md Yusof. 2008. Hukum Wisoyah & Realiti Permasalahannya dalam Konteks Perancangan Pusaka Islam.

Nasir Yahya. (2011). Penulisan Wasiat di ARB, Kuala Lumpur, Temubual, 13 Januari.

Rafie Omar. (2010). Peranan Amanah Raya dalam perancangan & pengurusan wasiat orang Islam di Malaysia. Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010. Jabatan Syariah. Fakulti Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi

Shamsuddin Suhor Dan Noor Aziah Mohd Awal. 2007. Undang-Undang Keluarga Sivil. Jil. 9. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rujukan Statut

Akta Pembahagian 1958

Akta Perbadanan Amanah Raya 1995

Akta Probet dan Pentadbiran 1959

Akta Wasiat 1959

Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan) 2004

Enakmen Wasiat Orang Islam (Melaka) 2005

Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.