DASAR-DASAR PERSEFAHAMAN MALAYSIA DAN INDONESIA DALAM MELINDUNGI TENAGA KERJA ASING
Abstract
Proses migrasi berlaku adalah untuk meningkatkan taraf hidup migran dan keluarga, sehingga umumnya mereka mencari peluang pekerjaan yang dapat memberikan pendapatan dan memberi status sosial yang lebih tinggi di tempat tujuan. Migrasi antarabangsa merupakan proses perpindahan penduduk suatu negara ke negara lain. Umumnya seseorang itu melakukan penghijrahan ke luar negeri untuk memperolehi kesejahteraan ekonomi yang lebih baik bagi diri dan keluarganya. Berdasarkan penyelidikan doktrin dan dengan menggunakan kaedah analisis kandungan yang dikumpul melalui badan penguatkuasa negara, akta, kes-kes, kajian kepustakaan menerusi tesis, artikel jurnal dan akhbar bagi mendapatkan isu semasa dan data atas talian seperti website. Malaysia dan Indonesia telah mengadakan perjanjian berkaitan pembekalan tenaga kerja bertujuan untuk mengukuhkan perhubungan erat yang terjalin diantara kedua-dua negara. Dapatan kajian ini mendapati kedua-dua negara berhasrat untuk mempereratkan lagi perhubungan yang terjalin dan membantu satu sama lain dalam meningkatkan kerjasama ekonomi dan perlindungan dalam peruntukan tenaga kerja.
Keywords
perlindungan tenaga kerja, migrasi, dasar negara
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.