AKTA 355 DAN PERKEMBANGAN BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH DALAM PERKARA JENAYAH DI MALAYSIA

Mohd Sabree Nasri

Abstract


Bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam perkara jenayah apabila dilihat daripada aspek hukumannya pada masa kini adalah denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau sebat tidak melebihi enam kali sebatan atau gabungan hukumanhukuman tersebut. Walau bagaimanapun, hukuman ini dilihat seolah-olah tidak releven dan tidak mampu untuk membendung jenayah yang berlaku pada masa kini. Justeru, terdapat usul untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (disemak 1988) (Akta 355) dengan cadangan meningkatkan tahap had hukuman yang lebih tinggi dan bersesuai dengan keadaan semasa. Oleh yang demikian, penulisan ini akan melihat kepada kerelevenan Akta 355 serta meneliti perkembangan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam perkara jenayah di Malaysia pada masa kini. Analisis akan dibuat terhadap peruntukan undang-undang yang terpilih seperti Perlembagaan Persekutuan, Akta Mahkamah Syariah, Akta / Enakmen Pentadbiran Islam Negeri-negeri dan Akta / Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-negeri. Selain itu, rujukan yang releven seperti dapatan kajian semasa, artikel jurnal dan bahan ilmiah akan digunakan untuk mendapatkan data dan maklumat yang terkini. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat kewajaran untuk meminda Akta 355, namun terdapat beberapa halangan dan cabaran pelaksanaannya. Oleh itu, had hukuman yang sedia ada perlu digunakan secara maksima oleh negeri-negeri dan pendekatan hakim dalam menjatuhkan hukuman dalam kes jenayah juga perlu ke arah itu.

Keywords


Akta 355, Akta Mahkamah Syariah, Bidang kuasa Mahkamah Syariah, Jenayah, Malaysia

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.