KONVENSYEN ANTARABANGSA MENGENAI PENGHAPUSAN SEMUA BENTUK DISKRIMINASI KAUM (ICERD): POLEMIK, SENTIMEN DAN REALITI
Abstract
International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) atau Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum ialah konvensyen antarabangsa yang mula diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York pada 1965. ICERD bukan perkara baharu namun konvesyen ini tidak pernah diperkatakan secara meluas di Malaysia bahkan masyarakat kebanyakannya tidak menyedari kewujudan konvensyen ini. Pada tahun 2018, ICERD mendapat perhatian umum di Malaysia. Ia menjadi sensasi kerana didakwa akan menghapuskan dasar afirmatif iaitu Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Artikel ini menjelaskan bagaimana ICERD mula dipolemikkan di Malaysia. Perbincangan juga menjurus kepada implikasi yang mungkin berlaku sekiranya ICERD diratifikasi sehingga menimbulkan sentimen negatif dalam kalangan masyarakat Melayu-Islam dan membawa kepada perhimpunan besar-besaran menolak ratifikasi ICERD.
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.