KONSEP HAD MASA DALAM TINDAKAN SIVIL: UNDANG-UNDANG DAN APLIKASI

Marina Abdul Manap

Abstract


Undang-undang menjadi alat untuk menyelesaikan pertikaian antara pihak-pihak sama ada pertikaian sivil mahupun pendakwaan jenayah. Beberapa perkara menjadi keperluan asas yang perlu ditentukan sebelum memulakan satu tindakan sivil. Misalnya penentuan mengenai kausa tindakan, bidangkuasa mahkamah, kaedah tindakan dan had masa tindakan. Had masa tindakan merupakan antara perkara penting dalam menentukan kesahan tindakan yang dikemukakan di mahkamah. Undang-undang utama yang berkaitan konsep had masa tindakan ini ialah Akta Had Masa 1953. Seperti undang-undang ciptaan manusia yang lain, Akta Had Masa 1953 ini juga memerlukan penambahbaikan bagi memastikan peruntukkannya bersesuaian dengan keperluan semasa dan dapat mencapai matlamat keadilan. Melalui penulisan ini, penjelasan terperinci mengenai konsep had masa tindakan yang diguna pakai di negara ini dibincangkan disamping memberikan contoh-contoh yang dapat membantu kefahaman pembaca bagaimana konsep ini terpakai dalam sistem perundangan kita. Turut diperjelaskan ialah peruntukan-peruntukan baru yang dimasukkan dalam Akta Had Masa 1953 (Pindaan 2018) sebagai penambahbaikan kepada undang-undang sedia ada. Penulisan ini dihasilkan dengan menganalisis peruntukan statut, kes-kes yang telah diputuskan, jurnal-jurnal dan buku-buku berkaitan. Melalui ilustrasi-ilustrasi yang diberikan, penulisan ini diharapkan dapat memberi lebih kefahaman berhubung pemakaian konsep had masa dalam tindakan sivil khususnya menerusi peruntukan undang-undang baru yang diperkenalkan.


Keywords


Had masa, undang-undang had masa, Akta Had Masa 1953, had masa tindakan sivil

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.