PEMBANGUNAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK PROGRAM LALUAN PANTAS: TINJAUAN LITERATUR DALAM KONTEKS MALAYSIA

Nur Afifah Fadzil, Wan Syatirah Wan Shahrudin, Muhamad Zamri Abdul Gani, Maryam Md Rofiee

Abstract


Kertas kerja ini bertujuan mengemukakan tinjauan awal berkaitan teori dan model pedagogi dan modul pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab dengan memberi penumpuan kepada kajian lepas berkaitan kerangka dan keperluan pembinaan modul bahasa Arab. Kertas kerja ini mengemukakan teori-teori pedagogi dan pendekatan serta keperluan modul dan buku bahasa Arab terdahulu serta mengenal pasti modul bahasa Arab sedia ada. Metodologi kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan pendekatan kepustakaan. Data kajian lepas dianalisis dengan menggunakan pendekatan tematik. Oleh yang demikian, kajian ini tertumpu kepada tinjauan awal keperluan dan kerangka pembinaan modul bahasa Arab dengan tujuan untuk meningkatkan kemampuan dan penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar program laluan pantas. Modul bahasa Arab yang hendak dibina seharusnya mesra dengan penutur bukan jati dan sesuai digunakan bagi pelajar sekolah menengah khususnya pelajar yang berada pada program laluan pantas. Justeru, hasil kajian ini dijangka akan menjadi panduan dan rujukan dalam membina sebuah modul bahasa Arab yang lebih praktikal untuk digunakan oleh para pelajar program laluan pantas memandangkan belum ada lagi modul khusus untuk kegunaan para pelajar ini. Modul bahasa Arab program laluan pantas diharapkan dapat membantu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan serta membantu meningkatkan penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar sekaligus dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang efektif, interaktif dan menyeluruh.

Keywords


Modul, Bahasa Arab, Laluan Pantas, Bukan Penutur Jati

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.