RETORIK BAHASA PEMUJUKAN DALAM UJARAN UNTUK PERNIAGAAN BERASASKAN FABRIK BATIK DI PASAR PAYANG, TERENGGANU
Abstract
Terengganu merupakan negeri yang mempunyai keunikan tersendiri dalam penghasilan fabrik yang berkualiti. Hasilan batik yang cantik, unik serta mempunyai nilai kualiti yang baik menyebabkan batik Terengganu begitu sinonim dengan aktiviti perniagaan batik di Pasar Payang. Oleh yang demikian, kajian ini mengenal pasti retorik bahasa yang diaplikasikan oleh peniaga fabrik batik di Pasar Payang. Selanjutnya, kajian membincangkan jenis produk batik yang dijual di Pasar Payang dan perbezaan ujaran untuk tiga jenis produk batik yang utama. Selepas itu, menjelaskan retorik pemujukan bagi jualan kain batik basahan sebagai produk sampingan di gerai jualan. Selain itu, kajian ini dilaksanakan secara kualitatif dan kepustakaan dalam menganalisis data kajian ini. Seterusnya, kajian ini mengaplikasikan Teori Retorik Moden oleh Enos dan Brown 1993 bagi membincangkan dapatan kajian dengan lebih mendalam. Keputusan kajian memperlihatkan bahawa retorik pemujukan mengaplikasikan keupayaan kognitif, penguasaan bahasa setempat, pemahaman sosial dan aspek psikologi manusia. Hal ini kerana, pemujukan begitu penting bagi menarik hati pelanggan untuk membeli produk fabrik batik yang dijual dalam pelbagai corak, rekaan yang menarik. Malah, persaingan antara peniaga memerlukan usaha untuk melariskan jualan agar tidak berlaku simpanan stok yang banyak kerana boleh merugikan peniaga. Kemudian, cara pemujukan jualan batik sutera daripada fabrik crepe serta jacquard juga cotton. Manakala, bagi kain batik basahan menunjukkan strategi komunikasi verbal untuk jualan yang tidak memberangsangkan seperti rekaan batik sutera untuk kain pasang. Adalah diharapkan pelaksanaan kajian ini dapat memberikan kebaikan kepada penyelidik daripada bidang yang berkaitan untuk menjalankan kajian lanjutan di masa akan datang
Keywords
retorik, pemujukan, ujaran lisan, perniagaan fabrik batik
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.