PERSEPSI TENTANG KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN BAHASA ARAB DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Nor Syazwanie Mohamad Zamal, Syarinah Mad Sehat, Restu Nabila, Maizatul Akhmar Mat Yusoff

Abstract


Bahasa Arab merupakan antara bahasa yang kini ditekankan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Terdapat beberapa institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menawarkan kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak menjadikan Bahasa Arab sebagai subjek wajib yang perlu diambil oleh pelajar dalam bidang ini. Universiti Islam Melaka (UNIMEL) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) merupakan antara IPTS yang mewajibkan subjek Bahasa Arab bagi semua pelajar mereka yang mengambil kursus pendidikan awal kanak-kanak. Kajian ini dilakukan untuk (1) mengetahui tahap keperluan Bahasa Arab dalam kalangan pendidik awal kanak-kanak dan (2) mengenal pasti tahap persepsi kepentingan pembelajaran Bahasa Arab terhadap kanak-kanak. Reka bentuk kajian tinjauan digunakan dengan melibatkan seramai 123 orang pelajar praktikum UNIMEL dan 10 orang pelajar praktikum KIAS menggunakan borang soal selidik melalui aplikasi Google Form. Dapatan kajian menunjukkan tahap keperluan Bahasa Arab dalam kalangan pendidik awal kanak-kanak berada pada tahap yang ‘tinggi’ dengan skor min 3.98 dan sisihan piawai .52. Manakala tahap persepsi kepentingan pembelajaran Bahasa Arab terhadap kanak-kanak adalah berada pada tahap yang tinggi dengan nilai skor min 3.96 dengan sisihan piawai 0.54. Hasil dapatan ini dapat memberi pendedahan kepada pendidik awal kanak-kanak dan premis pengajian sama ada awam atau swasta tentang kepentingan pengaplikasian Bahasa Arab dalam kursus pendidikan awal kanak-kanak.

Keywords


Persepsi, Keperluan, Bahasa Arab, Pendidikan Awal Kanak-kanak

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.