INDIKATOR PENGURUSAN PERUBAHAN DI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
Abstract
Kajian in bertujuan untuk menentukan tahap indikator pengurusan perubahan serta meneroka apakah indikator implementasi pengurusan perubahan dalam konteks pemerkasaan Pejabat Pendidikan Daerah Di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah gabungan secara berturutan (explanatory sequential design). Seramai 103 orang Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (KPPD) dari seluruh Malaysia dipilih secara rawak sebagai responden kajian dan tujuh orang peserta kajian temu bual. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 2.2. Manakala kajian kualitatif menggunakan temu bual separa berstruktur melibatkan seramai seramai tujuh orang iaitu lima orang Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (KPPD) dan dua orang Pengurus Program. Informan dipilih menggunakan pensampelan bertujuan dan pensampelan bola salji. Data dianalisis menggunakan perisian Nvivo 11 bagi membina tema-tema yang dikaji. Dapatan menunjukkan bahawa tahap proses pemerkasaan di Pejabat pendidikan Daerah secara keseluruhannya berada pada tahap yang sangat tinggi dengan skor min 4.70. Dapatan tema bagi indikator implementasi pengurusan perubahan dalam konteks memperkasa PPD adalah merangkumi enam tema utama iaitu peranan dan tanggungjawab (Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, Pengurus Program, SIP+ dan SISC+), dialog prestasi, pengurusan peruntukan, Petunjuk Prestasi Utama (KPI), dashboard serta Penarafan Kecemerlangan PPD. Kajian ini penting kepada Pegawai Pendidikan Daerah, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah dan semua pegawai termasuk SIPartners+ dan SISC+ kerana indikator merupakan intervensi awal bagi mengesan sebarang isu atau masalah yang wujud sepanjang pelaksanaan program perubahan. Maka, melalui indikator perubahan ini boleh dijadikan panduan untuk memastikan perubahan yang berlaku mengikut perancangan dan matlamat DTP.
Keywords
Pengurusan Perubahan, Indikator Perubahan, Pejabat Pendidikan Daerah
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.