PERSEPSI GURU TERHADAP HUBUNGAN KEPIMPINAN ISLAM DAN STRATEGI BIAH SOLEHAH DENGAN KEMENJADIAN SAHSIAH MURID SABK DI SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN

Saharia Ismail, Mohd Yusof Abdullah, Hamza Nuruddin Ismail

Abstract


 

Kemenjadian sahsiah murid merupakan salah satu perkara yang hendak dicapai dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang ke-2 (SKPMg2). Menurut perspektif Islam, sahsiah merujuk kepada akhlak seorang individu dan merupakan inti sari matlamat pendidikan. Kemenjadian sahsiah murid di Malaysia amnya menjadi perhatian utama kerana terdapat banyak masalah disiplin dan kes salah laku yang direkodkan di sekolah. Kebanyakan institusi pendidikan hanya menilai pencapaian akademik berbanding kualiti tingkah laku murid. Tujuan kajian rintis ini ialah untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap hubungan kepimpinan Islam dan strategi biah solehah dengan kemenjadian sahsiah murid di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) zon selatan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk tinjauan dengan melibatkan pandangan 85 orang guru Muslim di salah sebuah SABK di setiap negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Instrumentasi kajian yang digunakan ialah set soal selidik yang diadaptasi daripada beberapa pengkaji lepas mengandungi lima bahagian. Seterusnya data dianalisis menggunakan min dan sisihan piawai serta menggunakan korelasi pearson bagi analisis hubungan. Dapatan diskriptif menunjukkan ke semua pemboleh ubah yang dikaji berada pada tahap tinggi. Begitu juga terdapat hubungan positif dan kuat antara kemenjadian sahsiah murid dengan strategi biah solehah dengan nilai r=0.786 dan kepimpinan Islam pengetua juga menunjukkan hubungan positif namun pada tahap sederhana kuat (r=0.518). Kesimpulannya, dapatan rintis ini menunjukkan bahawa kepimpinan Islam dan strategi biah solehah dilaporkan baik maka kemenjadian sahsiah murid semakin meningkat atau sebaliknya. Justeru, berdasarkan kepada dapatan ini dicadangkan kepada pemimpin sekolah agar meningkatkan amalan kepimpinan Islam dan meningkatkan strategi biah solehah di sekolah bagi mencapai matlamat penubuhan SABK dan selari dengan maksud Falsafah Pendidikan Negara.


Keywords


Kemenjadian Sahsiah Murid, Kepimpinan Islam, Strategi Biah Solehah, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

Full Text:

PDF

References


Ahmad Marzuki Mohamad. (2013). Amalan Kepimpinan Islam Pengetua Dan Perkaitannya Terhadap Atribut Komuniti Pembelajaran Profesional. Tesis Doktor Falsafah.

Ahmad Munawar Ismail & Mohd Nor Shahizan Ali. 2011. Media Penyiaran: Implikasinya Dalam Pembentukan Akhlak Penuntut-Penuntut Melayu Di Sekolah Menengah Kebangsaan Di Malaysia. Jurnal Akademika, 81(3), 3-8.

Ahmad Sukari Mohamad dan Mohd Nizam Sahad. (2014). Teori Kepimpinan Guru dalam Pendidikan Berasaskan Pemikiran Al-Ghazali: Satu Perbandingan dengan Teori Kepimpinan Pendidikan Barat. Afkar-Jurnal Akidah, Edisi Khas.163-196

Aida Hanim A.Hamid dan Mohd Zamil Mohd Sharif. (2020). Gaya Kepimpinan Islam: Gaya Kepimpinan Baharu dalam kalangan Pengetua. International Journal Of Education and Pedagogy (IJEAP), 2(2), 45-55.

Ainul Bashirah binti Ismail, Zuliza Bt Mohd Kusrin & Mat Noor Mat Zain. 2012. Kesalahan Khalwat Dan Perbuatan Tidak Sopan Dan Hukumannya Menurut Islam, Jurnal Hadhari 4(2), 65-88.

Aizan binti Ali @ Mat Zin dan Murni binti Buchik. 2017. Isu Dan Cabaran Pendidikan Remaja Muslim Di Malaysia. Jurnal al-Tamaddun, 12 (2), 41- 49.

Azmil Hashim, Mas ‘Ani Ahmad & Misnan Jemali. (2016). Pendidikan Akhlak Menurut Kaedah al-Ghazali. Journal of Islamic and Arabic Education (1), 11-20.

Azmil Hashim, Norhisham Muhamad dan Mohd Marzuqi Abdul Rahim. (2016). Qudwah dan Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship, 2(3), 28-35.

Azyyati Mohd Nazim, Fariza Md. Sham & Salasiah Hanin Hamjah. 2013. Ciri-ciri remaja berisiko: kajian literatur. Jurnal Islamiyyat, 35(1), 111 – 119.

Bahagian Pendidikan Islam. (2021). Statistik dan Laporan Peratusan Salah Laku Murid Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

Bahagian Pendidikan Islam. (2014). Panduan Pelaksanaan Program SUMUR, Sahsiah Unggul Murid di SMKA dan SABK Malaysia Kementerian Pendidikan

Buerah Tunggak, Shanah Ngadi dan Hamimah Abu Naim. (2015). Delinkuen Pelajar dan Cadangan Penyelesaiannya Menerusi Model Pembangunan Sahsiah Remaja Pelajar Muslim Bersepadu. Jurnal Hadhari, 7(2), 11-3

Chua Yan Piaw. (2022). Kaedah dan Statistik Penyelidikan Buku 2-Asas Statistik Penyelidikan Edisi ke Empat. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd.

Dzulfida A. Razak, Muhammad Nasri Md Hussain & Abdullah Abdul Ghani. (2020). Ciri-ciri Kepimpinan Islam, Hubungannya Terhadap Komitmen Organisasi. International Journal of Modern Trends in Business Research (IJBMTBR), 3 (13), 1-15.

Fajar Ramadhani Mashuri. (2020). Kepemimpinan Transformasional Dalam Prespektif Pendidikan Islam. El-Hikmah Jurnal Kajian dan Penelitian Pendidikan Islam, 14(1),1-22.

Ibnu Khaldun, Abd. al- Rahman bin Muhammad Khaldun al- Hadrami. (1993). Mukaddimah Ibnu Khaldun. Terj. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. 2017. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2). Kementerian Pendidikan Malaysia.

Khaled Mat. (2018). Pelaksanaan Modul Sahsiah Unggul di Sekolah Menengah Kebangsaan dan Hubungannya dengan Pembangunan Sahsiah Pelajar.Tesis Doktor Falsafah. Universiti Malaysia.

Lip Chap Sam dan Chee Kim Mang. (2010). Kesahan dan Kebolehpercayaan Penyelidikan. Dalam Noraini Idris. Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd

Mardziyah Ab.Aziz dan Nurul Iiyana Muhd Adnan. 2018. Pengamalan Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) Terhadap Penghayatan Akhlak Pelajar: Satu Tinjauan Awal. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences Journal Homepage, 10 (2), 180-190.

Masitah Idris & Wan Fariza Alyati Wan Zakaria. (2015). Fitrah Manusia dan Kitaran Tamadun. Penyelenggara Ahmad Sunawari Long dalam Falsafah Ibnu Khaldun. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Bhd.

Mazni binti Muhammad. (2021). Pengaruh Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran, Persekitaran Sosial dan Kualiti Perkhidmatan terhadap Kepuasan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Sabah. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Malaysia Sabah.

Mohd Najib Abdul Ghafar. (2003). Reka bentuk tinjauan soal selidik Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia

Mohd Nasir Rayung, Abdul Said Ambotang dan Mohamad Yusof Abdullah. (2018). Pengaruh Kecerdasan Holistik terhadap Kemenjadian Pelajar Tingkatan Enam di Sabah. Jurnal Kesidang, (3), 9-22.

Mohd. Suhardi Mat Jusoh, Mohd. Farid Mohd Sharif dan Jasni Sulong. (2018). Pembangunan Kerohanian Menurut Model Tazkiyah al-Nafs al-Ghazali: Aplikasinya dalam Pelaksanaan Program Tarbiah di Asrama Sekolah – Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Pulau Pinang. 6th International Conference in Islamic Education: Rabbani Education 2018.

Mohd Takwil. (2020). Kepemimpinan Pendidikan Islam dalam Pemikiran al-Ghazali. Al- Idorah: Jurnal Studi Manajemen Pendidikan Islam. 4 (2), 196-209.

Muhammad Faizal Ab. Ghani, Norfariza Mohd Radzi, Husaina Banu Khanayatullah, Saedah Siraj, Zuraidah Abdullah, Norfariza Mohd Radzi, Faisol Elham, Maszuria A. Ghani dan Amalina Ayub. (2017). Masalah Disiplin Murid Islam: Strategi dan Penyelesaian Terhadap Kurikulum Pendidikan Islam. Jurnal Hadhari, 9(1), 91-110

Muhammad Fadzlu Illahi Mohd Dzakhiruddin dan Alawiyah Tengah. (2019). Hubungan Antara Amalan Kepimpinan Islam Dengan Komitmen Terhadap Organisasi: Kajian Di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Selangor. e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan (PASAK4 2019). 24-25 April 2019 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Nasarudin Desa @ Man, Tengku Intan Zarina Tengku Puji dan Sabri Mohamad. (2018). Menangani Keruntuhan Akhlak Masa Kini Menurut Islam. Jurnal al-Turath al-Quran dan al-Sunnah, 3(1), 55-63

Norhisham Muhamad. (2015). Biah Solehah dan Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Tesis Doktor Falsafah Pendidikan Islam Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Nurul Husna Mansor, Khairul Hamimah Mohammad Jodi, Raihanah Abdullah dan Fakhrul Adabi Abdul Kadir. (2017). Pemulihan Akhlak di Pusat Perlindungan Wanita: Kajian di Baitul Ehsan dan Dar as Saadah. Jurnal Hadhari, 9(2), 261-274.

Olaitan Temitayo, Mohammed A. Nayaya dan Ajibola A. Lukman. (2013). Management of Disciplinary Problems in Secondary Schools: Jalingo Metropolis in fokus. Global Journal of Human Social Science Linguistics adn Education, 13(14), 7-19.

Panduan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang ke-2 (SKPMg2). (2017). Kementerian Pelajaran Malaysia.

Quintero Corzo, J., & Ramírez Contreras, O. (2011). Understanding and Facing Discipline-Related Challenges in the English as a Foreign Language Classroom at Public Schools (Comprensión y tratamiento de los retos asociados a la disciplina en el aula de lengua extranjera en escuelas públicas). Profile: Issues in Teachers' Professional Development, 13(2), 59-72.

Raihan Mohd Arifin dan Kamarul Shukri Mat Teh. (2019). Kemenjadian Pelajar Berasaskan Strategi dan pelaksanaan Iklim Dini: Satu Konseptualisasi. Asian People Journal. 2 (1), 54-63

.Raihan Mohd Arifin, Kamarul Shukri Mat Teh, Nor Asmawati Ismail & Noradilah Abdul Wahab. (2019). Strategi Dan Pelaksanaan Iklim Dini Terhadap Kemenjadian Pelajar: Satu Kajian Rintis. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah Special Issue. 503-514.

Roselena Mansor dan Mohd Izham Mohd Hamzah. (2015). Kepimpinan Berkualiti: Perspektif mengenai Kompetensi yang Diperlukan untuk Memimpin dengan Berkesan. Jurnal Pengurusan, 45, 143 – 15.

Safura Ahmad Sabri Nurauliani Jamlus Rafdi Nur Hafizah Musa. (2019). Pembentukan Sahsiah Mahasiswa Melalui Penghayatan Program Kerohanian di Institusi Pengajian Tinggi Islam. South East Asia Journal of Contemporary Business, Economics and Law. 20, 17-23.

Saharia Hj. Ismail. (2015). Pembangunan Insan Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Journal of Human Capital Development (JHCD), 8(2), 83-100.

Saharia Ismail, Zulkefli Abu Bakar & Mohd Yusof Abdullah. (2022). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kemenjadian Sahsiah Murid SABK: Satu Kajian Rintis. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri ke 12 Pendidikan Rabbani: Mendepani Realiti dan Cabaran Masyarakat Semasa. Anjuran Fakulti Pendidikan UKM.

Suhailah Abd Muin dan Saharia Ismail. (2016). Pemuliharaan Pendidikan Rohaniyyah Melalui Pengajian Islam. Borneo Akademika 1 (1), 30-40.

Suhana Abdul Hamid & Ahmad Marzuki Mohamad. (2017). Amalan Syura dalam Kalangan Kepimpinan Pendidikan Berasaskan Konsep Amanah. Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education, 1 (2), 93-101.

Jantan dan Chua Yan Piaw. (2017). Kompetensi Guru Dalam Membentuk Sahsiah Pelajar Sekolah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 4 (3), 1-12

Zul’azmi Yaakub. (2015). Falsafah Alam Sekitar. dalam Falsafah Ibnu Khaldun Ahmad Sunawari Long (penyelenggara). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.