FAKTOR PERAMAL YANG MEMPENGARUHI KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI
Abstract
Isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar kini semakin membimbangkan dan telah menjadi suatu topik penting diperbincangkan. Isu ini memerlukan perhatian yang serius. Kajian ini menganalisis faktor peramal yang mempengaruhi kesihatan mental dalam kalangan pelajar universiti. Menggunakan kaedah tinjauan ke atas pelajar seramai 330 daripada pelajar Universiti Islam Selangor (UIS) dan Universiti Islam Melaka (UNIMEL). Soalan survey diedarkan secara atas talian menggunakan Google Form sekitar bulan Julai sehingga Ogos 2023. Data dapatan dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) mendapati tekanan akademik adalah faktor penting ke atas memberi kesan kepada kesihatan mental pelajar (min=3.58). Diikuti dengan faktor teknologi (min=3.29), keseimbangan Emosi (min=2.86), perubahan hidup (min=2.69), keseimbangan Hidup (min=2.61), keadaan keluarga (min=2.38) dan perubahan Sosial dan hubungan (min=2.28). Implikasi kajian ini penting untuk pelajar, tenaga pengajar, dan juga universiti dalam merancang dan merangka intervensi atau perancangan sistematik yang berkesan untuk meningkatkan kesihatan mental pelajar. Implikasi kajian ini penting dalam mempromosi serta menggalakkan kefahaman serta pengetahuan berkaitan kesejahteraan mental pelajar.
Keywords
Pelajar; Kesihatan Mental; Kesejahteraan Mental; Faktor Peramal
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2025 Jurnal 'Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.