ANALISIS STATUS SOSIOEKONOMI RESPONDEN KAJIAN KESAN AGIHAN ZAKAT DI KUCHING SARAWAK

Mohamad Mahadhir Mohamad Azri, Hadenan Towpek

Abstract


Kajian ini menganalisis status sosioekonomi penerima zakat di Daerah Kuching, Sarawak, dan mengkaji kesan agihan zakat terhadap kehidupan mereka. Fokus kajian ini adalah kepada golongan asnaf fakir dan miskin, dengan objektif untuk menilai profil sosioekonomi mereka serta impak bantuan zakat yang diterima. Kajian ini menggunakan pendekatan tinjauan soal selidik yang melibatkan 265 responden yang terdiri daripada penerima bantuan zakat di daerah tersebut. Data yang dikumpulkan dianalisis secara statistik menggunakan perisian SPSS bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai corak perbelanjaan, pendapatan, serta cabaran sosioekonomi yang dihadapi oleh golongan asnaf ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun bantuan zakat telah memberi kesan positif kepada penerima, terdapat kekurangan dalam aspek pengurusan dan pengagihan zakat yang menyebabkan ketidakseragaman impak bantuan terhadap penerima. Kajian ini mencadangkan penambahbaikan dalam pengumpulan data penerima zakat serta penekanan kepada program pendidikan dan kemahiran bagi meningkatkan kualiti hidup asnaf. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi input berharga kepada pihak berkuasa zakat di Sarawak dalam merangka strategi agihan zakat yang lebih efektif di masa hadapan.

Keywords


Zakat; Asnaf; Sosioekonomi; Sarawak; Kualiti Hidup

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2025 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.