TAHAP PENGHAYATAN AGAMA DALAM KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
Abstract
Aspek penghayatan agama dalam diri remaja sangat memainkan peranan penting dalam membendung masalah sosial daripada semakin meluas. Penghayatan agama dalam kalangan mahasiswa memainkan peranan utama terhadap pembentukan identiti, nilai-nilai, dan tindakan dalam kehidupan. Tujuan kajian ini adalah mengkaji tahap penghayatan agama dari segi Akidah, Ibadah dan Akhlak dalam kalangan mahasiswa FPI UKM. Metodologi kajian ini adalah kajian kuantitatif iaitu menggunakan borang soal selidik selidik Pengamalan Ajaran Islam oleh Seri Kartini Jurami & Fariza Md Sham (2013) yang mempunyai 45 soalan. Rekabentuk kajian ini merupakan kajian bukan eksperimental yang melibatkan kajian tinjauan melibatkan 50 orang responden yang terdiri daripada mahasiswa daripada Fakulti Pengajian Islam (FPI) UKM. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 27.0. Dapatan kajian dihuraikan dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi. Hasil kajian mendapati tahap penghayatan agama dalam kalangan responden dalam semua aspek yang dikaji iaitu Akidah, Ibadah, dan Akhlak berada pada tahap yang tinggi iaitu bagi Akidah, Sisihan Piawai (SP) 0.19, Ibadah 0.36 dan Akhlak 0.36 yang semuanya p>0.05. Kesimpulan dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap penghayatan agama dalam kalangan mahasiswa FPI UKM adalah baik. Oleh itu, semua pihak perlu mengambil berat untuk memperbaiki dan menambahbaik dalam pembentukan sahsiah dan peribadi mahasiswa untuk mencapai modal insan yang berjaya duniawi dan ukhrawi.
Keywords
Penghayatan agama; Mahasiswa
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2025 Jurnal 'Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.