TAHAP PERSONALITI DALAM KALANGAN REMAJA DI KAMPUNG SERI PILAH, KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN

Nur Deenina Madihan Ahmad Fadzil, Siti Aishah Yahya

Abstract


Remaja merupakan generasi yang akan membentuk masa depan negara. Walau bagaimanapun, pada hari ini ramai remaja yang tidak sedar tentang bagaimana penilaian personaliti diri. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap personaliti exstrovert, introvertdan neurotic dalam kalangan remaja dan menganalisis hubungan personaliti dengan tahap pendidikan remaja. Kajian ini menggunakan empat demografi iaitu umur, jantina, tahap pendidikan dan pendapatan ibu bapa. Soal selidik yang digunakan bagi kajian ini adalah Inventori Personaliti Eysenck Junir yang diubah suai oleh Sidek Mohd Noah (2003). Soal selidik diedarkan kepada remaja yang berumur 15 hingga 25 tahun yang menetap di Kampung Seri Pilah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan melibatkan seramai 50 responden. Data kajian ini dianalisis menggunakan teknik statistik deskriptif (kekerapan, peratus, min) dan kolerasi Pearson (hubungan) dengan menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) versi ke-29. Hasil kajian menunjukkan 36 orang responden atau 72% adalah berada pada dimensi introvert manakala 14orang responden bersamaan 28% peratus adalah pada dimensi ekstrovert. Selain itu, hasil analisis kajian menunjukkan lebih ramai responden yang mempunyai dimensi neurotic iaitu sebanyak 52% peratus dan selebihnya iaitu 48% peratus mengalami emosi yang stabil. Kajian ini juga menunjukkan terdapat hubungan yang kuat dan sigifikan antara personaliti dengan tahap pendidikan remaja iaitu nilai r =0.05, p=.733, k>0.05. Secara keseluruhan kajian mendapati personaliti sesuai digunakan oleh remaja di Kampung Seri Pilah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan bagi mendapatkan perincian personaliti remaja. Implikasi kajian ini dapat mengupas dan mengetengahkan komponen-komponen penting dalam personaliti introvert, ekstrovert dan neutorikseterusnya dapat membantu pihak sekolah, kerajaan dan NGO terlibat untukmemperbaikiakhlakdan jiwa khususnya kepada remajayang akan menjadi pemimpin pada masa akan datang.

Keywords


Personaliti; Remaja; Introvert; Ekstrovert; Neurotik

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2025 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.