KONSEP DAN APLIKASI TAKLIK TALAK DI TERENGGANU: ANALISIS DARI PERSPEKTIF MAQASID AL-SHARIAH
Abstract
Tema taklik talak sehingga kini mengundang perbincangan yang panjang dalam kalangan sarjana Islam. Perselisihan pandangan antara para ilmuwan Islam berlaku disebabkan beberapa teks syariat kelihatan seperti saling bercanggah dalam isu ini. Namun begitu, realitinya taklik talak diamalkan secara rasmi di Malaysia kecuali Perlis dengan hujah untuk menjaga maslahat seorang isteri dan menghilangkan kemudaratan. Justeru, kajian ini dihasilkan untuk meneliti konsep dan aplikasi taklik talak di Terengganu menurut perspektif Maqasid Al-Shariah. Hal ini berikutan Maqasid Al-Shariah. merupakan parameter rasmi dalam mengukur maslahat sesuatu isu. Kajian menggunakan metode dokumentasi karya-karya klasik dan kontemporari dan artikel-artikel akademik sebagai pengumpulan data. Selain itu, metode analisis kandungan segala bahan yang dikumpulkan akan digunakan dalam kajian ini agar hasil yang tuntas diperoleh. Hasil kajian mendapati hukum taklik talak adalah sah menurut Syariah Islamiyah seperti mana yang dijelaskan dalam kajian ini. Selain itu, konsep dan aplikasi taklik talak di Terengganu juga bertepatan dengan taklik talak dalam Islam. Justeru itu kajian mencadangkan sebuah kajian lanjutan untuk mengukur kesan taklik talak terhadap psikologi wanita agar sebuah dapatan rintis dapat diperoleh.
Keywords
taklik talak; Terengganu; Maqasid Al-Shariah; maslahat; Syariah Islamiyah
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2025 Jurnal 'Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.