PERSEPSI HAMKA TERHADAP AMALAN KHURAFAT DI MESIR BERDASARKAN TEORI INTERAKSIONISME DALAM TRAVELOG ‘MENYUSURI LEMBAH SUNGAI NIL’
Abstract
Amalan khurafat mampu memperdayakan manusia yang percaya dan berpegang dengannya walaupun ia bercanggah dengan hukum syarak dan akidah Islam. Kajian ini membahaskan persepsi Hamka terhadap amalan khurafat di Mesir dalam travelognya yang berjudul Menyusuri Lembah Sungai Nil. Persepsi Hamka terhadap amalan khurafat itu dianalisis dengan menggunakan teori interaksionisme. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa persepsi Hamka terhadap amalan khurafat di Mesir bertepatan dengan prinsip teori interaksionisme. Diharapkan kajian terhadap travelog nukilan Hamka akan terus dipergiatkan lantaran kekurangan perhatian terhadap karya kembaranya berbanding karya-karyanya yang lain.
Keywords
Hamka; Khurafat; Teori Interaksionisme; Travelog; Mesir
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2024 Jurnal 'Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.