PERANAN ILMU BALAGHAH DALAM PENAFSIRAN AL-QURAN: KAJIAN TERHADAP AL-TIBAQ DAN AL-MUQABALAH

Nik Muhamad Aidil Aiman Nik Adli, Md. Nor Abdullah

Abstract


Al-Tibaq dan al-muqbalah memainkan peranan penting dalam penafsiran al-Quran terutamanya untuk menonjolkan perbezaan, seperti kehidupan dengan kematian, kepercayaan dengan kekufuran, serta dunia dengan akhirat. Perbezaan ini mendorong pembaca untuk melakukan refleksi mendalam tentang akibat setiap pilihan, keadilan Allah SWT, dan realiti kehidupan akhirat. Namun pembelajaran al-Quran kontemporari yang memfokuskan kepada aspek bacaan dan hafalan menyebabkan pembaca sering mengabaikan aspek makna yang disampaikan oleh Allah SWT melalui alat retorik ini. Justeru, kajian ini berusaha untuk menghidupkan semula kajian balaghah dalam penafsiran al-Quran dengan: mengenal pasti aspek al-tibaq dan al-muqbalah dalam ayat-ayat al-Quran terpilih; dan menganalisis peranan al-tibaq dan al-muqbalah dalam penafsiran al-Quran. Dengan mengadaptasi reka bentuk kajian kualitatif yang berteraskan analisis kandungan dan kerangka teori al-Hashimi, kajian ini meneliti ayat-ayat al-Quran yang mempunyai unsur al-tibaq dan al-muqabalah, meneliti bagaimana alat retorik ini menyumbang kepada kesan estetika dan kedalaman makna teks al-Quran, meningkatkan daya ingatan serta menarik perhatian pembacan dan pendengarnya. Hasil kajian mendapati terdapat enam ayat al-Quran yang mengandungi unsur al-tibaq dan empat ayat yang mengandungi unsur al-muqbalah di bawah empat tema utama: kehidupan dan kematian; kepercayaan dan kekufuran; dunia dan akhirat; serta petunjuk dan kesesatan. Kajian ini menekankan keberkesanan al-tibaq dan al-muqbalah dalam memperkukuh konsep-konsep asas dalam agama Islam. Dengan membezakan di antara bimbingan dengan kesesatan, kehidupan dengan kematian, dan dunia dengan akhirat, alat retorik ini menjelaskan akibat pilihan manusia, menggesa pembaca untuk merenung secara mendalam setiap pilihan mereka di dunia ini.

Keywords


al-Tibaq; al-Muqabalah; Balaghah; Tafsir; al-Quran

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2024 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.