KANDUNGAN ANIMASI ISLAMIK UNTUK PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK: SATU TINJAUAN LITERATUR
Abstract
Animasi memainkan peranan penting dalam pendidikan kanak-kanak pada masa kini. Animasi Islamik merujuk kepada animasi yang berlandaskan nilai-nilai Islam dan sesuai untuk tontonan kanak-kanak serta keluarga Muslim. Animasi seperti ini bertujuan mendidik dan menghiburkan sambil menanamkan akhlak yang baik dalam kalangan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, animasi berkonsepkan kandungan Islamik tidak banyak dihasilkan di Malaysia berbanding animasi-animasi lain yang tidak berkonsepkan Islamik. Oleh itu, artikel ini bertujuan meninjau kajian sedia ada berkaitan animasi yang berkonsep Islamik. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan analisis literatur. Data terkumpul dianalisis secara tematik dan deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat dua tema utama perbincangan literatur iaitu pendidikan kanak-kanak berasaskan animasi dan kandungan animasi berkonsep Islamik. Kajian juga mendapati bahawa Sirah Rasulullah SAW berpotensi untuk diangkat menjadi kandungan animasi dan sekaligus menyumbang kepada pembentukan akhlak kanak-kanak.
Keywords
Pendidikan Awal Kanak-kanak; Animasi; Kandungan Islamik; Sirah Rasulullah SAW
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2024 Jurnal 'Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.