ANCAMAN TERHADAP KEKUASAAN POLITIK MUGHAL DI INDIA ERA AWRANGZIB: SATU PENELITIAN SEJARAH

Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari, Nursafira Lubis Safian, Mohd. Roslan Mohd. Nor, Izziah Suryani Mat Resad

Abstract


Setiap pemimpin semestinya menghadapi pelbagai ancaman yang boleh menggugat kekuasaan dan dominasi politiknya. Hal yang sama juga dihadapi oleh Awrangzib semasa beliau menerajui Kerajaan Mughal daripada tahun 1658 hingga 1707. Pelbagai wilayah yang bernaung di bawah Kerajaan Mughal ketika itu sering kali menimbulkan kekusutan sehingga mengancam penguasaan politik Awrangzib di India. Bertitik tolak daripada kenyataan tersebut, kajian ini bertujuan untuk meneliti ancaman yang terpaksa dihadapi oleh Awrangzib, khususnya yang datang daripada pelbagai wilayah ini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi kajian sejarah dan analisis kandungan dalam proses mengumpul dan menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan wilayah-wilayah yang jauh daripada pusat pemerintahan Mughal di Delhi sentiasa mewujudkan ancaman kepada hegemoni politik Mughal, antaranya wilayah timur India, Deccan dan Punjab. Hal ini disebabkan wujudnya penentangan daripada golongan seperti golongan Ahom, Maratha dan Sikh serta kerajaan-kerajaan kecil seperti Bijapur dan Golkonda yang menolak penguasaan Kerajaan Mughal dan berusaha mewujudkan pemerintahan autonomi sendiri. Akibat daripada gejala berkenaan, Awrangzib terpaksa mengambil tindakan tegas melalui ketenteraan bagi mengatasi ancaman yang berlaku sekaligus memastikan kelestarian Kerajaan Mughal.

Keywords


Awrangzib; Deccan; Sikh; Maratha; Ahom

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2024 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.