IDEOLOGI MODEN, ISLAM KONTEMPORARI DAN PAN-ISLAMISME

Luqman Al-Hakim Mohd Fauzi, Ermy Azziaty Rozali

Abstract


Ideologi moden merupakan fahaman yang cuba menyongsangkan pemikiran umat Islam daripada landasan akidah yang sebenar. Ia juga dikenali sebagai ghazw al-fikr atau serangan pemikiran yang membawa doktrin acuan Barat melalui proses westernization. Kemunculan tokoh gerakan dakwah Islamiyyah seperti Jamaluddin al-Afghani, Muhammad ‘Abduh, Rashid Rida dan Yusuf al-Qaradawi ternyata membawa misi penting dalam menangkis segala propaganda Barat yang diserap dalam ideologi moden tersebut. Oleh itu, matlamat kajian ini adalah untuk meneliti perkembangan dan kesan ideologi moden, membahas gerakan dalam melestarikan dakwah Islamiyyah serta menganalisis cabaran yang dihadapi umat Islam era globalisasi. Reka bentuk kajian ini bersifat kualitatif melalui pendekatan kajian sejarah dan analisis kandungan. Kaedah dokumentasi digunakan sebagai kaedah pengumpulan data manakala metode induktif dan deduktif pula diaplikasikan bagi tujuan penganalisisan data. Hasil kajian membuktikan bahawa ideologi moden ini sudah lama disebarkan oleh puak Barat dan ia jelas mendatangkan kemudaratan terhadap pegangan akidah seseorang Muslim. Walaupun begitu, gerakan dakwah Islam kontemporari yang diterajui oleh empat tokoh mujaddid di atas, pada abad ke-19M hingga abad ke-21M telah menggambarkan bahawa Islam memerangi apa jua bentuk falsafah pemikiran yang terpesong dari ajaran tauhid. Justeru, penulisan ini amat signifikan dalam merealisasikan model ummah bertaqwa era moden serta terhindar daripada cengkaman ideologi Barat yang merosakkan iman.

Keywords


Ideologi Moden; Islam Kontemporari; Kelestarian Dakwah

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2024 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.