CIRI LOGIK AYAT MAJALAH DEWAN KOSMIK: SATU ANALISIS TEORI SYARAT BENAR
Abstract
Kajian ini berkaitan ciri logik ayat dalam majalah dalam Dewan Kosmik satu analisis teori syarat benar. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti ayat yang memiliki ciri logik dalam majalah Dewan Kosmik serta menganalisis ayat yang memiliki ciri logik dalam majalah Dewan Kosmik menggunakan teori Syarat Benar. Kajian ini turut memberi penambahan ilmu dan maklumat tentang semantik logik yang kurang diketengahkan dan kurang menjadi pilihan pengkaji di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kajian analisis teks dan kaedah kepustakaan. Kaedah analisis teks adalah berdasarkan majalah Dewan Kosmik jilid 22 bilangan 8 tahun 2014 terbitan dewan Bahasa dan Pustaka dengan menggunakan teori syarat benar. Kajian ini berfokus kepada ayat yang mempunyai ciri logik iaitu ayat tersebut mempunyai prinsip kesahihan makna sesuatu bahasa yang diujarkan ataupun ditulis. Di samping itu, turut memberi penumpuan kepada pengkajian makna yang ditinjau dari aspek kebenaran. Dapatan kajian mendapati terdapat enam jenis ayat yang mempunyai ciri semantik logik dihuraikan yang memenuhi ciri ayat kebenaran yang telah dijelaskan. Melalui kajian ini, pengkaji akan dapat membantu masyarakat untuk mendapatkan kesahihan makna yang munasabah atau logik di fikiran manusia serta kajian ini turut melihat penghuraian makna secara logik yang dapat diterapkan dalam pengkajian berkaitan semantik logik selain daripada teori logik simbolik.
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Abu Bakar Hamid. (1967). Rencana Linguistik Penyunting Abdullah Hassan 1983. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jaludin Chuchu. (2008). Semantik dan Pengajaran Bahasa. Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Maslida Yusof. (2006). Representasi Semantik Preposisi dalam Kata Kerja Bahasa Melayu. Jurnal Pengajian Melayu, Volume 17.
Mohd Zulkanien Sarbini. (2021). Peluasan Kata Bebas: Analisis Semantik Kognitif. International Young Scholars Journal of Languages. Volume 4.
Mukhtar, Khalil. (2006). Semantik. Pekan Baru: Cendikia Insani.
Nathesan, S. (2003). Teori Semantik dan Kajian Kepustakaan Terhadap Semantik Leksikal. Jurnal Bahasa, Volume 3.
Nor Azuwan Yaakob & Arbak Othman. (2006). Maklumat Leksikal dalam Struktur Kasus dan Argumen dalam Penulisan Berita. Jurnal Bahasa, Volume 5, No.4.
Norfazila Ab. Hamid. (2014). Peluasan Semantik Kata Sifat Ringan: Satu Analisis Model Jaringan Langacker (1988). Jurnal Melayu, Bilangan 13.
Nor Hashimah Jalaluddin. (2001). Semantik, Pragmatik dan Leksikografi. Jurnal Bahasa, Volume 1, No.3.
Zulkifley Hamid, Ramli Md. Salleh dan Rahim Aman. (2007). Linguistik Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2006). Penyerapan Ilmu Semantik dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu, 274-295. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.