CARA GAYA KEIBUBAPAAN DAN REMAJA HAMIL TANPA NIKAH

Siti Marhamah Kamarul Arifain, Farrah Wahida Mustafar, Faudziah Yusof, Atini Alias

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengkaji cara gaya keibubapaan menggunakan inventori Indeks Topologi Amalan Didikan Ibu Bapa Baumrind. Reka bentuk tinjauan dan teknik persampelan bertujuan digunakan dalam kajian ini yang telah dijalankan di Pusat Kebajikan Wanita dan Remaja (KEWAJA) yang terletak di Batu Caves, Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah statistik khi kuasa dua bagi analisis inferensi. Saiz sampel yang diambil bagi reka bentuk tinjauan adalah seramai 21 responden. Hasil kajian mendapati tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara gaya keibubapaan autoritarian, permisif dan autoritatif dengan tahap pendidikan remaja hamil tanpa nikah. Kesimpulannya, satu program intervensi perlu dibentuk dalam membendung fenomena hamil tanpa nikah.

Keywords


Cara Gaya Keibubapaan, Remaja, Hamil Tanpa Nikah

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.