ANALISIS PERBANDINGAN KANDUNGAN MAJALAH URTV 1970 – 2010

Norli Yusuf, Mohd Sufiean Hassan, Fazurah Mustaffa, Nurul Ain A. Hamid, Fuziah Kartini Hassan Basri

Abstract


Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji sejarah dan perkembangan kewartawanan hiburan melalui URTV yang telah diterbitkan selama 41 tahun di samping menganalisis faktor perubahan isi kandungan dalam majalah hiburan. Kajian ini signifikan kepada pengamal media khususnya wartawan dan pengarang majalah untuk memperkembangkan kreativiti dan bakat mereka dalam bidang kewartawanan hiburan. Kaedah kualitatif telah digunakan dengan menemuramah mantan pengarang majalah URTV sebagai data utama menganalisis perubahan dan faktor perubahan isi kandungan majalah URTV sehingga dapat bertahan hingga ke hari ini. Hasil kajian menunjukkan majalah URTV mengikut kehendak pembaca dengan mengekalkan ruangan yang mendapat minat pembaca dan mengeluarkan ruangan yang tidak relevan dengan mengantikan dengan ruangan yang lebih kondusif untuk golongan muda dan dewasa.

Keywords


Kewartawanan Hiburan, Isi Kandungan, Majalah URTV, Faktor Perubahan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.