PERCERAIAN DALAM KALANGAN PASANGAN DEWASA PERTENGAHAN DI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH HULU LANGAT (PAIDHL): EKSPLORASI FAKTOR

Noor Syaibah Shabuddin, Norazilah Johari, Norhasima Abdullah, Syazwana Aziz

Abstract


Perceraian merupakan satu fenomena global yang berlaku dalam institusi perkahwinan di seluruh dunia. Statistik perceraian secara umumnya mencatatkan peningkatan kes perceraian setiap tahun di kebanyakan negara di dunia. Malah, lebih membimbangkan apabila rekod mendapati perceraian di akhir usia turut meningkat. Perceraian di akhir usia yang berlaku memberi kesan psikologikal bukan sahaja kepada diri individu itu sendiri tetapi juga kepada individu di sekeliling mereka termasuklah anak-anak, keluarga dan juga masyarakat. Artikel ini membincangkan faktor-faktor perceraian yang berlaku dalam kalangan pasangan dewasa pertengahan. Selain itu, kaedah perceraian, kesan perceraian terhadap psikologi individu, pandangan terhadap institusi perkahwinan dan juga penyesuaian dan masa depan selepas perceraian turut diketengahkan. Kajian secara kualitatif ini dijalankan terhadap tiga orang responden berumur 50 tahun dan ke atas. Data dikumpul melalui temubual berstruktur dan juga separa berstruktur. Hasil kajian menunjukkan terdapat lapan faktor yang dikenalpasti menjadi penyumbang kepada peningkatan kadar perceraian dalam kalangan pasangan dewasa pertengahan iaitu; faktor personaliti, masalah seksualiti, komunikasi, campur tangan pihak ketiga, penyalahgunaan dadah, kurang didikan agama, pengabaian tanggungjawab, dan faktor ditinggalkan pasangan. Antara penemuan baru yang dikenalpasti dalam kajian ini adalah faktor gangguan sihir yang dilihat turut menyumbang kepada perceraian dalam kalangan dewasa pertengahan.

Keywords


Perceraian, Umur Pertengahan Dewasa, Faktor Perceraian

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.