TAHAP PENGHAYATAN AGAMA DALAM KALANGAN REMAJA HAMIL TANPA NIKAH

Siti Aishah Yahya, Sidar Nasrun

Abstract


Kajian ini adalah bertujuan untuk menjelaskan dengan dengan lebih mendalam mengenai Tahap Penghayatan Agama Delinkuen Dalam Kalangan Remaja Hamil Tanpa Nikah. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penghayatan agama dan merungkaikan permasalahan yang dihadapi dalam kalangan Remaja Hamil Tanpa Nikah, kajian-kajian lepas dan seterusnya bertitik tolak dari Tahap Kesedaran Agama terhadap Remaja Hamil Tanpa Nikah, maka penulisan ini juga akan mengemukakan beberapa cadangan bagi memberi pendedahan kepada umum tentang Pendekatan Psikologi Dakwah terhadap remaja tersebut. Tahap Kesedaran Agama Menurut Al-Ghazali (1988), akhlak seorang manusia boleh di bentuk dan diasuh menjadi baik menerusi kaedah mujahadah (perjuangan) dan riyadah (latihan). Kaedah ini merujuk kepada kaedah pendidikan akhlak dengan meningkatkan ilmu pengetahuan agama islam dan berusaha bersungguh-sungguh melakukan kebaikan sehingga menjadi bertingkahlaku dalam kehidupan seharian. Kaedah ini dinamakan sebagai tazkiyah al-nafs (pembersihan jiwa). Hasil dari perbincangan mengenai pendekatan Psikologi dakwah dari sudut Psikoterapi Islam terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Psikoterapi dalam Al-Quran yang dibincangkan dari iman dengan akidah, takwa dan ibadah yang akan dapat merungkaikan segala permasalahan dalam kalangan Remaja Hamil Tanpa Nikah.

Keywords


Tahap Penghayatan Agama, Remaja Hamil Tanpa Nikah

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.